Radiniz Site

10 Sep, 2009

Ingatlah 10 Malam Terakhir Ramadhan

Posted by: radient In: IslamicTalk

Ketika ini umat Islam telah meniti malam-malam terakhir bulan Ramadhan. Oleh itu kita mestilah mengisikan kesempatan ini dengan memperbanyakkan amalan yang bermanfaat. Hindarkanlah diri daripada kesibukan yang melalaikan.

Banyak pendapat menyatakan lailatul qadr jatuh pada 10 malam terakhir Ramadhan. ada juga yang menyatakan pada keseluruhan Ramadhan, tetapi bagi manusia zaman akhir yang kebanyakannya sukar untuk istiqamah pada sebulan puasa elokkah supaya pada 10 malam terakhir tersebut memperbanyakkan amal agar diri kita mendapat rahmat 1000 bulan tersebut.

Untuk lebih faham lagi bila berlakunya lailatul qadr, rujuk artikel tahun lepas Lailatul Qadr-Bila waktunya?

Comments Off

10 Sep, 2009

Tarian pendet@pendek@lain2

Posted by: radient In: HardEasyLife| IslamicTalk

Saya tertarik untuk member komen sedikit berkaitan dengan isu yang melanda Negara sekarang ini. Jika difikirkan memang nampak agak runcing persengketaan antara Malaysia dengan Indonesia ketika ini sehinggakan ada pihak dari Indonesia ingin berperang dengan Malaysia bermula dengan isu yang melucukan iaitu Tarian Pendet yang tidak berfaedah untuk Negara ini.

Dalam hal ini saya tidak ingin menyebelah mana-mana pihak kerana sepatutnya isu seperti ini tidak timbul. Kedua-dua belah pihak sepatutnya memikirkan munasabah dan muhasabah diri masing-masing.

Bagi pihak Malaysia, saya pelik mengapa kita perlu melakukan promosi pelancongan menggunakan satu cara yang tidak berguna untuk pengembangan ummah dan akidah rakyat Malaysia. Mengapa perlu kita menggunakan tarian yang tidak berfaedah seperti ini. Tidak adakah cara lain yang dapat dilakukan untuk menarik pelancong melainkan memaparkan tarian berkemban yang tidak tahu asal usulnya ini. Tarian tersebut bukan sahaja tidak berfaedah untuk perkembangan umat Islam bahkan menjadi wadah perkelahian antara dua Negara Islam. Memang Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, berbilang kaum, tetapi berpada-padalah sedikit dalam aktiviti social. Kita ingin digelar Negara Islam tetapi mengetengahkan sesuatu yang tidak langsung bahkan bercanggah dengan unsur Islam itu sendiri. Mana hala tuju Islam sebenarnya jika begini. Jika isu yang berkaitan dengan hukuman syariah, senang sahaja orang Islam sendiri ingin membangkangnya (seperti isu Kartika), tetapi jika yang berkaitan bukan Islam, seperti ini takkan kita ingin pertahankan. Kita sendiri yang tidak mengkaji asal usul tarian tersebut, jadi, terimalah akibatnya.

Bagi pihak Indonesia pula, saya berharap janganlah dibesar-besarkan sangat isu seperti ini sehingga beria-ia ingin berperang dengan Malaysia hanya kerana sekadar tarian yang tidak berfaedah yang berasal daripada Bali seperti itu. Ya, mungkin ada isu-isu lain sebagai sampingan yang menyebabkan Indonesia tidak berpuasa hati, tetapi haruslah diingat walaupau kita berlainan Negara tetapi kita bersatu rumpun iaitu rumpun Melayu dan kebanyakannya rumpun Islam. Oleh itu, janganlah sebab hal-hal yang tidak berguna seperti ini menjadi satu permasalahan besar yang membawa kepada peperangan mental dan mungkin jiwa suatu hari nanti.

Ingatlah, sebagai dua Negara yang mempunyai bilangan umat Islam yang ramai, semestinya da persamaan antara kita. Persamaan tersebut memungkinkan untuk kita berkongsi budaya dan sebaik-baik budaya dalah budaya Islam. Jika anda mencampur baurkan budaya Islam dengan yang lain seperti budaya hindu dan Buddha, itulah yang sebenarnya harus diperbalahkan, bukan ini. Cukup mudah jika kita menggunakan budaya Islam kerana Islam tidak menyarankan budayanya dipusakai oleh golongan/kaum tertentu sahaja yakni bersifat universal.

Semailah bulan Ramadhan yang mulia ini dengan budaya Islam, jangan dengan tarian pendet nauzubillah, teramat jijik dan hina jika anda mengetahui perkelahian sesebuah Negara untuk hal sebegini. Isilah malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini dengan sesuatu yang lebih bermanafaat memuji kebesaran Yang Maha Kuasa. Ambillah iktibar dengan peristiwa dan wabak disekeliling anda sebagai aset bermuhasabah yang lebih berkesan.

Wallahu’lam.

Comments Off

30 Aug, 2009

Erti Merdeka

Posted by: radient In: HardEasyLife| IslamicTalk

Apakah sebenarnya erti merdeka pada diri kita?

 

 

Inikah kemerdekaan? Ya, dari segi bahasa memang ya.

Apabila memebicarakan mengenai minuman,seringkali teringat pula kepada peristiwa seorang model yang bernama Kartika, terigin pula berbicara mengenainya. Kes yang meledak bagaikan pisang terlebih panas ini menjadi pandemic di selruh dunia. Apalagi, dengan tiba-tibas hukuman tersebut ditangguhkan.

Banyak pihak yang member pandangan dalam berbagai persepsi. Tetapi, apa jua pandangan, sepatutnya kita serahkanlah sahaja kepada undang-ndang mahkamah tersebut. maaflah jika tersusik sedikit, kerana ada beberapa pandangan yang saya tidak patut keluar seperti yang disarankan oleh Dato Sharizat, yang mengatakan undang-undang tersebut mendiskriminasi wanita. Ini menampakkan yang beliau memandang segala undang-undang menurut acuan sivil dan ini tidak patut sama sekali, kerana ini berkaitan dengan agama yakni wahyu, tidak sepatutnya wahyu dijelaskan dengan akal manusia, jika beliau mengetahui.

Perdana menteri sendiri menyeru supaya Kartika membuat rayuan, sepatutnya seruan sebegitu tidak berlaku, dan lebih baik beliau mengambil tindakan berkecuali kerana akan menjadi ejekan parti lawan (Pas) sahaja sebagaimana isu Nik Aziz megatakan “syurga neraka” yang sepatutnya tidak dimediakan kerana hanya membawa perpecahan. Kerana Kartika sendiri yang menginginkannya, eloklah dilangsungkan mengikut undang-undang (SYARIAH) yang ditetapkan.

Fenomena ini sememangnya telah lama melanda kita. Fenomena takutkan hudud, jika orang Islam sendiri member pandangan yang bukan-bukan terhadap hukum ini, apalagi orang bukan Islam, lebih mudah mereka ingin memperlekehnya. Janganlah kita takut melampaui batas seperti ini. UMNO jika ingin bekerjasama dengan Pas sepatutnya bertolak ansur dan menyetujui hukuman seumpamanya supaya dapat diserapkan sedikit demi sedikit unsure undang-undang Islam dalam Negara kita.

Sebelum ini saya selalu mengkritik Pas, kali ini sedikit saya mengkritik UMNO. Diharap,janganlah terlampau takut dengan Undang-undang Islam. Mungkin peristiwa ini memjadi satu pengajaran untuk kita membebaskan minda kita daripada undang-undang duniawi yang hanya membawa keuntungan sementara sahaja. cubalah kita sedikit demi sedikit membiasakan diri dengan undang-undang syariah dan keluarkan skop pemikiran daripada pemikiran sivil untuk kesejahteraan bersama. Siapa lagi yang ingin memahami kebenaran melainkan umat Islam sendiri.

Alhamdulillah, ada yang berani untuk menjadi perintis kepada undang-undang yang menerupai hudud ini. Jika dilaksanakan segera, lebih baik, menjadi pembuka mata kepada sanubari kita semua. Alcohol, merupakan sejenis minuman yang secara saintifikpun tidak berguna untuk badan. Secara logiknya, tiada faedah tetapi tetap diminum. Apakah menjadi kesalahan untuk menghukum golongan yang melakukan perkara tidak berfaedah. Fikir-fikirlah sendiri dan merdekakan minda.

Malam merdeka, biasanya juga disambut dengan merempit, perlakuan tidak senonok dan sebgainya. Jikan anda berakal nescaya anda dapat memeikirkan kebaikan bulan ini, iaiut bulan Ramadhan.

Selamat Hari Merdeka walaupun minda tidak merdeka.

Belum lambat lagi, selamat berpuasa bagi yang berpuasa InsyaAllah.

Comments Off

15 Aug, 2009

Politik untuk Islam@Islam untuk Politik?

Posted by: radient In: PoliticTalk

Assalamualaikum

Saya disini ingin memberikan sedikit pandangan dengan isu yang melanda antara parti politik dinegara ini. Saya tidak ingin berkata banyak Cuma ingin supaya kita dapat bermuhasabah diri dengan apa yang sedang berlaku. Saya tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dalam apa jua isu kerana memang dapat diperhatikan semua pihak berada dilandasan yang benar dan salah masing-masing.

Baiklah, isu yang utama pada masa ini benarkah Nik Aziz membenarkan DAP menghina Islam. Apabila didengar sekali seperti tidak logic tapi apabila telah melihat sendiri seperti pelik dan ajaib. Saya bukanlah orang yang pandai berpolitik dan kurang faham dengan motif politik tetapi apabila ini berlaku saya memang semakin ingin menjauhkan diri daripada politik. Kerana dalam benak fikiran saya politik telah menjatuhkan maruah seorang insan yang telah diaggap berkaliber selama ini.  Cuba anda fikirkan sebelum ini walaupun pergaduhan politik berlaku, tidak sampaipun ulama menjadi cacian, tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan, bermula dengan Datuk Harussani sehingga tuan guru sendiri. Sebelum anda menjadi pakatan rakyat tidak seteruk ini.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya dipolitikkan secara melampaui batas seperti dikomersialkan. Selama ini memang saya terlampau pelik dan ajaib kerana apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO semuanya salah belaka. Memang banyak kesalahan UMNO, tetapi ada juga sedikit kebaikan. Sebagai contoh, ISA, memang satu kesalahan kerana kerapkali disalahgunakan oleh pemimpin UMNO. Tetapi untuk memansuhkannya saya rasa tidak releven kerana pesalah-pesalah yang boleh membocorkan rahsia Negara seperti isu “Scomi” dahulu tidak boleh dibiarkan ke luar begitu sahaja. Dan tentangan patutnya dilakukan dengan cara yang lebih mengurungkan kerugian orang awam. Anda sendiri patut memikirkan cara yang terbaik.

Selain itu saya boleh katakana Pas walaupun kataknya memperjuangkan Islam tetapi sekarang lebih kepada perjuangan politik ,mungkin kerana wujud Pas “erdogan” yang dikatakan tersebut saya tidak tahu. Kerana apa saya berkata begitu. Kerana jika anda memperjuangkan Islam, anda sepatutnya melihat dan mengkaji ke dua-dua perkara iaitu baik dan buruk yang dilakukan oleh parity lawan anda iaitu UMNO. Sebagai contoh, isu ISA tersebut, anda menentang sekeras-kerasnya sehingga mengadakan demonstrasi jalanan sehingga “menguntungkan” banyak pihak seperti orang awam dan para peniaga jalanan dan “merugikan” DAP dan PKR. Mungkin itu yang anda mahukan kerana ISA memang patut dikaji semula. Ini memang kesilapan UMNO. Tetapi dalam banyak kesilapan yang lain, tidakkah anda nampak kebaikan sedikitpun. Jika anda nampak kejahatan UMNO seperti ISA dan ditentang dengan sekeras-kerasnya mengapa anda tidak menyokong dalam beberapa perkara yang baik senaik-baiknya (inilah sifat manusia, tidak kira orang Islam ataupun bukan, hanya nampak yang buruk). Sebagai contoh pada tahun 2001 lebih kurang Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Muhammad ketika merasmikan pernah memberi cadangan ataupun sekadar saranan tetang perihal kebaikan menggunakan “dinar emas” sebagai medium kewangan. Pas semestinya tidak payah diterangkan kebaikan dinar emas, kerana sudah masak dengan kebaikannya. Ok, sekarang anda nampak, perkara baik tersebut, kenapa tidak digerakkan jentera Pas untuk menggesa idea ini dijalankan? Oleh sebab itu, saya berpendapat dan mungkin anda akan marah dengan pendapat ini tetapi saya tidak peduli, iaitu Pas bukan lagi parti politik Islam, tetapi sekadar parti politik biasa sahaja.

Ini belum lagi saya menceritakan pandangan Pas yang sering sering kali berubah-ubah oleh Presiden dan Menteri Besarnya sendiri yang mengelirukan orang ramai. Pandangan yang mudah sekali memecahbelahkan Islam terutama orang Islam yang gemar mengikut-ikut. Yang paling memelikkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memerintah ditekan untuk supaya meletak jawatan, apabila ingin meletakkan jawatan disuruh supaya memikirkan perkara tersebut dan jangan meletakkan jawatan. Banyak lagi perkara pelik yang lain terjadi cukuplah satu contoh. Benar, pemerintahan Pas di Kelantan patut dipuji kerana tiada kronism seperti Barisan Nasional. Barisan Nasional memang tidak islamik iaitu parti Islam separuh-separuh, itu tidak dinafikan, tetapi penglibatan DAP dan PKR dalam Pas juga merubah banyak lanskap Pas seperti menghampiri Barisan Nasional, sedar atau tidak sedar.

Fikir-fikirlah wahai makhluk yang diberi akal. Kita bukanlah raja di dunia ini. Banyak lagi makhluk lain yang lebih hebat daripada kita. Saya punh pelik mengapa semenjak dua menjak ini terlampau ramai wakil rakyat terutama Pas meniggal dunia. Memang ajal maut ditangan Allah tapi mungkin perantaraannya ada makhluk lain yang marah. Mungkin jin Islam marah? Kerana teknik serangan jantung terlampau banyak berlaku. Bukan senang ingin memeprjuangkan Islam, tetapi memang tidak boleh diterima jika orang yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya dilandasan yang salah tanpa disedari. Adakah makhluk yang tidak nampak yang seperti disebutkan oleh surah al-Jin tersebut turut marah.terlampau ramai manusia yang memperjuangkan Islam dengan mulut tetapi perbuatan bercampur aduk antara batil dan hak.

Tak terniat saya ingin mengutuk Pas, BN saya tidak ulas panjang kerana kita telah masak dengan mereka, kerana mereka bukan parti yang memperjuangkan Islam spepenuhnya, jadi kepincangan ada pada mereka. Yang merisaukan adalah Pas. Diharap kita dapatlah bermuhasabah diri dengan situasi dunia sekarang yang dipenuhi pelbagai wabak penyakit yang melanda. Tetapi sebenarnya ada kebaikan H1N1 ini. Mungkin Allah tidak mahu projek babi besar-besaran yang dianjurkan DAP dan disokong Pas dan PKR itu menjadi reality di bumi Malaysia ini. Anda semestinya tahu segala musibah ketentuan Ilahi yang sarat dengan pengajaran untuk umat manusia. Bermuhasabahlah kita baik dipihak Pas mahupun UMNO.

Segala respon anda bolehlah diemelkan kepada cronic_cronicle@yahoo.com kerana saya harap dapat dibetulkan jika ada kesilapan, ampun dan maaf jua dipinta. Wallaahu’lam.

11 Aug, 2009

Penyediaan Indigenious Microorganism (IMO)

Posted by: radient In: AgriTalk

Indigenous Microorganisma merupakan bacteria setempat yang sesuai dengan keadaan fizikal sekeliling tanah yang didiami. ianya diperlukan untuk membantu proses tumbesaran tanam-tanaman. Dibawah ditunjukkan cara –cara untuk meningkatkan kadar pertumbuhan bacteria tersebut

Bahan-bahan yang diperlukan:

Nasi sejuk (Nasi dingin)

Gula merah

Air beras

Dedak beras (rice bran)

Peralatan:

Bekas kayu/plastic/seramik (Kedalaman bekas sekurang-kurangnya 10cm)

Tali

Kertas putih

Cara membuatnya:

         i.            Nasi diletakkan dalam bekas (mengikut keluasan permukaan yang dikehanedaki, lebih luas lebih bagus untuk pengeraman bacteria). Tutup dengan kertas dan ikat dengan tali.

       ii.            Letakkan bekas tadi

·         Di bawah pohon buluh atau

·         Jerami padi atau

·         Daun kering selama 2-3 harii. Tutup dengan pelindung hujan

      iii.            Nasi yang telah difermentasikan dikenali dengan IMO1 – diselaputi myselium berwarna putih digaulkan dengan gula merah dengan kadar (1:1) isipadu.

     iv.            Simpan campuran di atas di dalam bekas selama 5 hari dan ditutup dengan kertas.

       v.            Hasilnya dikenali dengan IMO 2 dan berwarna perang serta melekit.

     vi.            Ambil 1 gm IMO 2 + 10 kg dedak beras + 2 liter air beras (yang diperam selama 3 hari) dengan kelembapan 65%. Kemudian ditutup dengan jerami/guni/daun pisang dan dibiarkan 3-5 malam dikenali IMO3.

    vii.            Campurkan 1 bahagian IMO 3 dan 1 bahagian tanah dengan kelembapan 65%. Tutup dengan jerami/guni/daun pisang dan dibiarkan 3-5 hari dikenali IMO 4.

  viii.            Campurkan IMO 4 + tahi ayam dengan kadar 1:10 dengan kelembapan 65%. Balikkan selepas seminggu. Selepas dua minggu boleh digunakan sebagai IMO 5 dengan kadar 2-3 tan /ha.

Sumber:

 Jabatan Pertanian Malaysia

Comments Off
Tags:

31 Jul, 2009

Avian Influenza H1N1 Outbreak Now..

Posted by: radient In: HardEasyLife

It’s been so long I’ve never wrote anything on this blog and it seem this blog will be close sooner or later. Just kidding, I hope that won’t happen although so many thing to settle down lately before (if Allah Will) I change my profession from “hash” labor to ordinary labor.

Too many thing have happen lately, the skyrocketing cases of H1N1 (I rather pronounce it “pig flu”) outbreak, devastating the region quite sometime now. I’m not expecting this kind of thing happen where a lot of schools and higher institutions were close due to this spread. Till now four people have died and thousand are infected.

This outbreak cannot be retreat or treated, the only thing that we can do is just using the usual drug that have been use before to treat bird flu such as tamiflu, but not all people easily get excess to this drug and not forget the price, expensive. So the other effort is to wear mask, but this also inconvenient to certain people.

The last effort is to keep in touch with a good sanitation, and not forget try to take healthy diet and supplement that can at least reduce the effect of the virus to our body. Try to take supplement such as spirulina, algae that essential to our body and a good anti –oxidant and lubricant to our blood. Don’t forget to eat fresh vegetable (plant it yourselves in your backyard) and fruit such as dates, za’faran, raisins, etc to increase your metabolism against any debris in your body.

Don’t forget prevent yourselves from eating PIG, Muslim understand that pig is illegal but for non- Muslim now you probably know why Islam prevent this creature from being eaten by mankind. It is prohibited but no prove before and now Allah SWT give the prove to the stubborn mankind. So, behold the consequences.  Lastly, for Muslim, we must seek forgiveness to our Creator because as humankind, we always make mistake.  We must understand that He give this not because He hate  us, but as a simple reminder to the believer and to give advice via scientific approach to the disbeliever, so that someday you can understand the truthfulness of what had been thought by the prophet SAW.

So let reminisce what had been abandon and remember what had been remind to us, for our prosper here and hereafter.

Allah Almighty Knows Best

Comments Off

04 Jun, 2009

Dadah-Penting Untuk Diri Anda?

Posted by: radient In: HardEasyLife| ScienceTalk

Dalam era globalisasi seperti ini pasti ramai yang mengalami bermacam-macam perasaan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Jika positif, bagus, kerana anda dapat mengatasi kelemahan seorang manusia dan mencari penyelesaiannya. Jika negative, sesuatu harus dilakukan agar perasaan tersebut tidak berlarutan sehingga menyebabka tekanan mental yang tidak terbendung.

Percaya atau tidak, setiap manusia memerlukan dadah untuk mereka gembira? Apabila menyebut “dadah” berbagai-bagai tanggapan yang negative akan kedengaran. Tetapi percayalah, dadah adalah sumber yang penting untuk mengatasi tekanan hidup.

Seringkali apabila tekanan emosi melanda, pil yang mempunyai preskripsi doctor akan digunakan. Ini digunakan apabila tekanan melampau batas sehingga seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan tekanan yang dialami. Jika tidak mengambil dadah preskripsi tersebut, tekanan boleh mengundang malapetaka kepada seseorang pesakit.

Semua ini boleh diatasi jika kita boleh mengenal pasti dari awalnya apa yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah tersebut. jika masalah tersebut tidan terlampau melibatkan orang lain yang agresif(bukan kerana hutang “along” tetapi berpunca daripada permasalahan keluarga, kerja dan sanak saudara) akan lebih mudah diatasi.

Caranya mudah iaitu dengan pengambilan dadah. Dengan dadah seseorang itu akan berasa bertenang.

Tapi jangan berandaian yang bukan-bukan. Kebanyakan orang tersilap dengan istilah pengambilan dadah dengan mengambil dadah secara berlebihan. Dengan bermacam-macam dadah daripada tanaman seperti pohon popi, ganja untuk dijadikan heroin , marijuana dan sebagainya adalah masyarakat yang kurang ilmu akan mudah terjebak. Ditambah lagi dengan dadah sintesis makmal seperti ketamin, amphethamin dan sebagainya melambakkan lagi peranan dadah yang kononnnya dapat memberi ketengangan ini.

Mengapa kita perlu menjadi seperti ini, bersusah payah mengeluarkan duit untuk mendapatkan dadah dengan cara begini. Mahukah anda mencipta dadah sendiri yang lebih murah dan senang dicipta?

Caranya juga cukup mudah, anda hanya perlu tidur sahaja. Anda perlu memperuntukkan cukup masa untuk tidur lebih kurang 5-8 jam sehari. Ini kerana, dari aspek sainsnya semasa tidur aka nada sejenis dadah yang dipanggil serotonin dan melatonin akan dihasilkan sendiri oleh badan. Kandungan melatonin yang seimbang sangat penting untuk menstabilkan bendalir dalam badan. Jadi otak akan bertenang  seperti bertenangnya orang yang menghisap dadah. Tetapi lebih baik lagi dadah ini dihasilkan sendiri oleh badan, jadi manusia tidak perlu risau kesan sampingannya kerana badan kita mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Bagi yang mempunyai kerja banyak dan tidak mempunyai tidur yang cukup. Anda perlu memperuntukkan sedikit tidur juga walaupun jangka masa pendek seperti 2-3 jam. Jika tidak semestinya anda akan mengalami tekanan. Selain itu, untuk menambahkan penghasilan melatonin, serotonin dan dadah semulajadi yang lain, anda perlu memperuntukkan masa untuk melakukan aktiviti selain daripada kerja yang perlu anda lakukan. Contohnya, jika anda bekerja sebagai jurutera bangunan, anda mesti meluangkan masa untuk melakukan aktiviti lain apabila habis waktu kerja atau ketika permohonan cuti anda seperti beriadah, berkelah dan aktiviti segala aktiviti yang bermanfaat untuk dijadikan hobi. Ini sangat penting kerana anda tidak cukup tidur ketika bekerja, melakukan aktiviti yang tidak pernah anda lakukan merupakan salah satu cara untuk menambah atau mengimbangkan dadah semulajadi yang tersebut di dalam badan anda. Oleh yang demikian, anda tidak InsyaAllah tidak perlu dadah tambahan seperti heroin, kanabis, ketamin dan sebagainya.

Sampai disini anda mesti telah jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan dadah penting untuk diri anda. Ya, memang penting. Cuma anda perlu mengetahui bagaimana cara untuk menghasilkan dadah tersebut dalam diri anda. Jangan mengambil cara yang salah dengan mengambil dadah dari luar yang mungkin berlebihan dos. Anda tidak mungkin lebih hebat dari sistem badan anda untuk mengetahui apa yang terbaik untuk dilakukan. Biarkan sistem badan anda melakukannya untuk anda. Selain itu, cubalah makan, makanan tambahan kerana mungkin anda terlampau sibuk untuk memakan makanan seimbang sehingga zat-zat yang diperlukan untuk penghasilan dadah tersebut disamping penghasilan hormone-hormon lain tertinggal. Dari segi pemakanan semestinya anda arif tentang terihal tersebut dan jika tidak minta nasihat dari pakar

Sekian Wassalam.

Comments Off

22 May, 2009

Bagaimana menambahkan kekuatan minda

Posted by: radient In: HardEasyLife

Otak merupakan aset penting untuk kita berfikir. Sama ada untuk pelajaran ataupun untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Sebagai seorang manusia yang diberi tanggungjawab oleh Yang Maha Berkuasa untuk mentadbir bumi kita sememangnya dimestikan untuk mengasah otak atau dari segi batinnya akal bagi melangsungkan hidup di dunia yang sementara ini. Perlu diingat juga, tujuan utama hidup di dunia (bagi yang telah/sedang/akan diberi cahaya oleh Yang Maha Esa) adalah untuk mengenal Sang Pencipta. Yang lain itu merupakan cubaan sahaja. Tetapi bukan bermaksud harus dilupakan sama sekali perkara yang berkaitan kehidupan di dunia, bahkan mesti dipelajari mengikut bidang yang diminati dan kemampuan masing-masing.

Kenalpasti teknik belajar atau bidang terlebih dahulu

Inilah yang perlu ditekankan. Seringkali para pelajar tidak kira di institusi ataupun sekolah memikirkan. Setiap manusia ada kelebihannya masing-nasing dan perlu diingatkan jika ingin mencevuri sesuatu jenis bidang kelebihan itu perlu difikirkan. Jika kita lambat mengenalpasti kelebihan kita,, bermakna kita akan terlambat sedikit untuk Berjaya. Ini bermakna, seseorang yang bodoh dalam pelajaran walaupun belajar besrsungguh-sungguh bukan bermakna dia bodoh tetapi boleh jadi kepandaiannya dalam bidang kemahiran seperti membaiki motor, kereta, membina bangunan, berniaga dan sebagainya. Ini semua boleh dikenalpasti melalui pengalaman dan jika bantuan ibu bapa sendiri mungkin dapat mempercepatkan mereka mengenalpasti keboloehan masing-masing.

Teknik belajar juga penting. Ada yang pandai belajar melalui pembacaan, ada yang perlu membaca dan praktis, dan ada yang perlu praktis baru memahami sesuatu. Ini perlu diambil berat

Seringkali juga kita jengkel dengan kegagalan padahal kegagalan itu merupakan kejayaan untuk masa akan datang. Dengan kegagalan kita mempunyai pengalaman dalam hal tersebut dan itulah merupakan kejayaan, sesuan dengan firman Allah:

                “Diwajibkan atas kamu berperang padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

                                                                                                                                                (Al-Baqarah 2:216)

Menambah kekutan minda

Setelah kita mengenal pasti bidang yang sesuai untuk diri kita, perlulah kita berusaha pula untuk mengasah bidang tersebut. perkara ini lebih baik dilakukan secara rohani dan jasmani. Secara ringkasnya, bagi yang beragama mestilah sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhannya agar diberikan taufik dan hidayat. Perkara ini dapat dilakuakan dengan memanjatkan doa keatas-Nya dan disusuli juga selawat keatas junjungan besar Rasulullah SAW bagi agar segala doa kita dapat dimakbulkan untuk kemasyalahatan dunia akhirat.

Dari segi jasmani pula adalah merangkumi aspek usaha kita untuk memperkuatkan minda dan fizikal sama ada secara luaran atau dalaman. Dari segi luaran minda perlu diasah seperti mengulangkaji pelajaran dan juga menpraktikkan pelajaran tersebut (jika boleh) bagi menguatkan daya ingatan. Dari segi dalaman pula perlulah kita berusaha memakan makanan yang berkhasiat dan elakkan makanan segera atau “junk food” yang tidak member apa-apa kebaikan kepada minda. Banyakkan memakan makanna yang mempunyai tinggi kandungan omega-3 seperti minyak ikan. (telah terbukti kepada penulis, jika makan ketika exam, pick-up agak cepat sedikit berbanding jika tidak memakannya).Makanan seperti ini mengandungi EPA dan DHA yang membantu perkembangan otak. Selain itu terdapat juga omega-6  dan omega-9 daripada unsur tumbuhan seperti bijirin hitam (habbatussauda’) yang sangat berkesan membantu sistem kelancaran tubuh badan. Amalkan juga makanan seperti sprirulina kerana ianya bertindak seperti minyak pelincir motosikal tetapi ini melincirkan perjalanan bendalir dalam badan.

Selain itu, perlu juga banyak bersenam, senaman akan dapat memastikan semua otot atau sel dalam badan sentiasa digunakan dan akan membantu juga fungsi jantung menepam darah ke otak jika perlu digunakan dengan segera.

Ini merupakan nasihat secara ringkas, selebihnya anda mesti mencari sendiri bagaimana untuk lebih efisyen apabila berfikir. Memang, dalam dunia yang serba canggih begini, agak sukar bagi para siswazah untuk belajar terutama yang mempelajari bidang sains dan teknologi, terpaksa memeras otak dan tertekan. Banyak cara untuk mengatasinya, dan Alhamdulillah saya tahu cara mengatasi untuk diri saya. Tapi, tidak semua yang sesuai untuk saya sesuai untuk orang lain. Sebagai contoh, saya tidak boleh belajar tetapi dalam beberapa ketika saya tidak mungkin mampu lagi utnuk belajar sehinggalah saya plikasikan apa yang saya belajar itu dipersekitaran saya. Oleh yang demikian, saya terpaksa berhenti dahulu untuk belajar dalam beberapa tahun dan kemudian barulah saya boleh menerima belajar semula. Ada sesetengah orang mampu untuk terus belajar tanpa henti. Ini juga salah satu aspek yang perlu anda nilai. Dan hanya empunya diri tahu mana yang sesuai untuk dirinya sendiri.

Wallahua’lam.

Comments Off
Tags:

22 May, 2009

Apa dah jadi dengan Selat Tebrau

Posted by: radient In: PoliticTalk

Selat Tebrau merupakan suatu kawasan yang strategic bersempadan dengan Singapura. Selat ini telah sekian lama menjadi sumber dan nadi pendapatan kepada penduduk di sekitar Teluk Ramunia. Sekian lama mereka bergantung mata pencarian daripada penangkapan ikan.

Tetapi cerita terbsaru di sini amat menyedihkan. Hamper setahun mereka dirundung malang kerana kedatangan tetamu tidak diundang. Kapal-kapal asing yang besar benar-benar berlabuh berhampiran sempadan perairan Negara. Boleh dikatakan memang telah menceroboh perairan Negara!

Menurut penduduk disitu, kehadiran kapal-kapal asing tersebut memang telah menjejaskan mata pencarian mereka. Mana tidaknya, pukat yang dilemparkan ke dalam laut sering kali tersangkut kepada kapal-kapal. tambah lagi, kehadiran minyak yang berkemungkinan datang dariapda kaapl-kapal tersebut. In bukan sahaja menjejaskan para nelayan, bahkan yang bergantung kepada industry pelancongan juga.

Ini merupakan suatu cerita yang bukan rekaan, tetapi benar. Negara memang berdepan dengan ancaman yang sebegini rupa tanpa ramai yang menyedarinya. Dek kerana sibuk dengan politik, perkara seperti ini telah dilupakan. Ini merupakan suatu ancaman (agenda Yahudi) yang boleh dikatakan sangat terancang, sama ada anda tahu atau tidak atau buat-buat tidak tahu. Sesungguhnya Singapura merupakan sebuah Negara yang berpenasihat Yahudi. Dan sememangnya Yahudi merupakan kaum yang dilaknat.

Sama-samalah fikirkan, janganlah terlampau berpolitik dan sibuk untuk menempa nama diluar Negara. Sibuk untuk menjadi hero dalam isu Palestin padahal isu itu mungkin salah satu agenda mereka supaya kita tidak sedar. Itulah agenda mereka, Palestin sesuai untuk perang, Malaysia sesuai untuk politik.

Fikir-fikirlah wahai orang-orang yang beriman.

Comments Off

01 May, 2009

Brother, what are you worship?

Posted by: radient In: BizTalk| HardEasyLife| IslamicTalk

To talk about this, we have to accomplish too many aspect of life. But for this, I just want to narrow the scope to the people that are saying “There is no God except Allah and Muhammad is the Messenger of Him”.

I don’t want to talk much for such detail, but this come from my heart that really concern about brotherhood and the quintessence of the Islam.

Most our brothers nowadays simply believe there actually well in religion, but there actually forgot something (although he seems to be good in religion).

I just want to show a simple example. This example I bring to you from business arena.

A and B is a dealer in a direct selling market or Multi Level Marketing (MLM).  C, a friend of B is interested to become a dealer too. C always buy product from B. A aside dealer, is a stockiest and both B and C sometime buy from A. someday, C went to A shop to find goods and also telling his/her intention to apply as a dealer and as a downline for B. A told that “why should you become a downline for B, I’m a stockiest and its easy for me to teach and help you toward your career (if becoming his/her downline).”

From this I want to ask you something my brothers out there, with whom do you agree C need to be a downline. A or B.

Ask what your answer first before proceed.

 

There are 3 answer actually. If you consider as a people with following your lust, your answer is depend who you are ( meaning if you the A person you chose A and otherwise). This is the worst people that seem to occupy the world nowadays (perhaps influence from Darwinism with the theory of Natural Selection or Struggle to live).

Second you probably answer A because you think that A would be more talented in helping C to become a successful dealer in the future because must probably A has more experience as a stockiest and full resources.

Finally, B that only ordinary dealer that don’t know too much about the activity in upper level of the MLM business. C won’’t be a good dealer with the upline that doesn’t has much experience in that arena.

 

Whatever you answer is up to you. If you a good man you know it. Use your higher level thinking to find the perfect answer for this.

 

Conclusion

There is no wrong if C become downline for A actually and there is also no wrong if it with B. A must be good teacher for C in the future if C want to success in this profession. But as a human being in this world that sent to provide a good knowledge and information to sustain harmony and prosperity only thinking about own benefit? Yes, back to the story it is true A will give benefit to C as his upline and A also benefited as an upline (from fees such as seminar or function held by A in his shop). But what happen with B? Is he/she benefited? Absolutely not (from this perspective only, but other part InsyaAllah God will give His provision (irrazak)). Just want to show you the good part here. It will be nice and non-greedy action if A advice C to proceed with his/her decision as a downline for B because B is the one who propose this business to C. then, we can see that all of them are benefited. Although B is not downline or upline or whatever with A, but still he/she is a part of this business, and it will be good if they share the proportion of wealth among them wisely. B has a new downline, C, C has a new dealer price and a proportion of income, and A will get more order.

Allah Almighty Knows Best

And, don’t worship MONEY (nauzubillah), it’ll just bring disaster to your life especially hereafter.

Comments Off

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Talk is Cheep