Radiniz Site

26 Apr, 2010

Ayat Penenang Jiwa

Posted by: radient In: HardEasyLife| IslamicTalk

Jika hati resah, gelisah, tidak tenang dan tidak tentu arah, itu semua adalah lumrah dan ujian yang ditimpakan ke atas umat manusia. Untuk mengatasinya cuba amalkan ayat ini, InsyaAllah dengan limpah kurnia dan rahmatnya anda akan merasai ketenangan dalam sanubari anda (sebaiknya dibaca 7 kali selepas sembahyang fardhu).

Maksud ayat:

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

SodaqAllahul’dhiim

Semoga ketenangan selalu hadir.

Comments Off

Artikel ini ditulis susulan daripada apa yag diutarakan oleh Ustaz Zaharuddin berkenaan dengan Isu kewangan Islam dan juga Wahabi.Apa yang disarankan itu adalah benar mengenai konsep ‘Orang Awam’ tersebut. Semua orang adalah awam pada mana hal yang disebutkannya itu adalah diluar bidang yang dipelajarinya. Sebagai ringkasan orang agama adalah awam dalam bidang sains dan sebaliknya.

Yang menjadi permasalahan sekarang adalah ‘orang awam’ dewasa ini selalu sahaja ingin memperincikan sesuatu bidang luar kemampuaannya. Ini sangat bahaya kerana jika orang awam tersebut adalah masyur dalam sesuatu bidang dia mempunyai pengikut yang ramai yang semestinya akan mengikut apa yang dikatakannya. Jika lah orang awam ini pandai dalam bidang A kemudian berbicara bidang B yang sedikit sahaja diketahuinya, semestinya ada juga manusia akan mengiakannya (sama ada pengikut tidak tahu ataupun yang tahu tidak mahu hilang pengaruh).

Kewangan Islam

Sememangnya kebanyakan trasaksi pada masa kini adalah bersandarkan matawang kertas yang dipelopori oleh Yahudi (DInasti Rotfield(susah nak eja lebih kurangla)) pada asalnya. Ringkasnya, matawang cara Islam mengikut sistem dinar emas manakala matawang kertasa ini naik turun kerana tiada sandaran yang kukuh dan lebih senang dikatakan banyak menjurus kepada riba.

Itu memang benar, sehingga ada yang orang Islam yang tersalah tanggapan haram menggunakan matawang kertas (walaupun dia sendiri menggunakan wang tersebut). Sebenarnya begini, kita perlu ingat, walaupun wang tersebut adalah terdedah kepada unsur riba atau memang riba, tetapi itulah medium sedia ada dizaman dakyah Yahudi laknat ini bermaharajalela sehingga 70%.

Firman Allah,

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan “bahawa sesungguhnya berjual beli (berniaga) itu sama dengan riba”. Allah membolehkan (menghalalkan) jual beli dan melarang (mengharamkan) riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengabil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya. (al-Baqarah:275)

Dalam ayat ini jelas sekali pengharamannya.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangalah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (’Ali Imran:130)

Dan ayat ini pula menyatakan supaya berwasapada dan janga melampaui batas. saya tidak ingin mengulas kerana bukan kepayakan saya, tetapi fikir sendiri.

Dari segi sejarah, ayat ini turun pada waktu berbeza, Ayat dari surah ali Imran tersebut turun terlebih dahulu sebelum ayat surah al-baqarah (bukan main cakap sahaja, ini daripada ceramah Ustaz Hassan Din al-Hafiz). Pada mulanya rasulullah SAW mengharamkan pengambilan riba secara melampaui batas dan apabila turunnya yat surah al-baqarah tersebut, diharamkan sama sekali riba tersebut.

Itu dari persepsi zaman Rasulullah SAW. Apabila kita terjemahkan untuk zaman ini dimana bermaharajalelanya segala macam kancah riba. Banyak perkara bercampuraduk kerana kita belenggu ekonomi Yahudi tersebut. Manusia semakin banyak melaksanakan riba. Tetapi bolehkah anda tidak memakan riba langusng pada zaman ini. Jika boleh memang sangat bagus. Tetapi hanya golongan kaya dan beriman  sahaja mampu, manakala yang sederhana dan miskin akan melakukannya juga. Anda terpaksa membeli kereta, rumah, perabot dan pelbagai lagi yang kebanyakannya menggunakan skim riba.

Apakah jawapan kepada permasalahan ini. Fikirlah sendiri dua ayat diatas (guna bahasa arab lagi bagus) boleh memberi jawapannya. Kepada yang memerlukan perlindingan membeli rumah untuk berteduh, belilah, tetapi jangan melampau banyak, kereta, belilah janga melampau jua, vespa tau beca, belilah jangan melampau.

Apabila sesuatu perkara itu adalah keperluaan asasi, dizaman ini terpaksa juga melaksanakan riba tersebut tapi jangan melampaui batas (cuba sedaya upaya untuk tidak melaksanakannya dengan skim-skim yang kurang riba dll). InsyaAllah, kita dipermudahkanNya.

Isu Wahabi

Sukar untuk mengulasnya, kerana risau kesalahfahaman yang banyak. Kita adalah negara berkomuniti kecil yang tidak ramai, hanya 20 juta lebih sahaja dan yang ISlam mungkin berbelas juta sahaja. Adakah patut wujud banyak percanggahan mazhab sebegini?

Terdapat temanku yang belajar di Lubnan sebelum ini menyatakan. Gurunya adalah seorang yang berpangkat zuhud (hafazal-Quran dan as-sunnah dan boleh mencipta Mazhab). Apabila ditanya mengapa tidak mencipta mazhab baru ya Tuan. Jawapannya senang sahaja, “MAzhab yang ada sekarang ini sudah lengkap (asy-shafie)  dan aku tidak perlu untuk mencipta yang baru”.

Wahabi ini baharu sahaja muncul dan tidak tahu mana asal usulnya. Banyak cerita mengenainya dan banyak yang tidak setuju sebagaimana tidak setujunya kepada shiah.

(Pernyataan di bwah ditujukan kepada ahli agama yang mengkaji perkara ini, yang tidak tahu asal usul jangan pandai-pandai tafsir)

Perdebatan adalah tidak sesuai sama sekali dalam hal wajib dan sunat dizaman kancah halal dan haram sama sahaja. Fikirlah wahai ahli agama, FIKIRLAH YANG RAMAI MANUSIA KETANDUSAN ILMU AGAMA. Janganlah berdebat isu remeh temeh. Setiap manusia ada kelemahan tak kira ahli agama ataupun ahli fizik. KIta ada perkara yang lebih mustahak lagi iaitu tauhid makrifatulah.

Sebagai contoh Hadis Rasululah ‘Setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah neraka’. tidak semua orang boleh mentafsirkannya sesuka hati. Jika direct tafsirannya bermaksud semua yang nabi tidak lakukan adalah salah dan bidaah. Jadi jika digunakan tanpa landasan yang lain (hadis-hadis lain), al-Quran adalah bidaah, kerana  nabi Muhammad SAW tidak mengumpulkan al-Quran, tetapi dikumpulkan pada zaman Uthman. Ini tidak betul sama sekali kerana apa akan jadi pada kita jika al-Quran itu tidak dikumpulkan? Penafsiran satu sahaja hadis akan menjadi bahaya dan kecelaruan yang banyak.

Hadis Rasulullah adalah berangkai, dan perlulah membaca semua sekali (beratus ribu hadis) jika nak mengulas panjang. Jika nak membaca satu atau dua sahaja lebih baik tidak payah mengulas. Jika ingin juga, mestilah bersandarkan kepada orang abid dan Alim yang spesifik dalam al-Quran dan al-Hadis sedari kecil. Itupun kena tengok mana orang tu belajar.

Walallahualam bissawab

Allah Almighty Knows Best

Comments Off

22 Apr, 2010

Konkrit Geopolimer

Posted by: radient In: ScienceTalk

Konkrit daripada geopolimer? Agak sukar untuk aku fikirkan apakah benda ini pada mulanya. Maklumlah, masuk alam lain dah ni. Sebagai pendahuluan layarilah sikit-sikit cari maklumat. Rupanya sonang bai tu (acah jer). KIra macam buat cendol jer la.

Bancuhan konkrit biasanya melibatkan campuran simen, pasir, batu dan sedikit kapur( jika perlu). Tetapi dengan menggunakan teknik ini yang telah dipelopori oleh Joseph Davidovit pada tahun 1970, telah terhasil satu bentuk pelekat baru menggnatikan simen yang diberi nama geopolimer.

Pada awalnya geopolimer dipanggil simen tanah atau soil cement dan telah bermula penggunaannya semasa zaman soviet dahulu. Ini mengikut sejarah dunia la, hal sebenarnya Allah sahaja yang tahu. tetapi jika dilihat masyarat purbakala mungkin sudah lama menggunakan teknologi ini. Tak perlu diceritakan sekarang. Kalau ikutkan piramid dan spinx pun boleh jadi menggunakan teknologi ini. Wallahu’lam.

Cara biasa membuatnya adalah dengan mencampurkan serbuk aluminasilikat dengan cecair silikat beralkali untuk membentuk simen geopolimer ataupun pelekat. Lebih kurang macam tu la.

Apa yang penting masuk jer apa yang patut dimasukkan, testing apa yang patut. jadi tak jadi kun fa ya kun.

Comments Off

Perlukah kita ada satu bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan ketenteraan diwujudkan?

Apabila dilihat senario yang berlaku sekarang, dengan pelbagai ragam dan kancah pergolakan yang sering menghantui dunia di zaman akhir sebegini. Seluruh pelusuk dunia tidak kira di utara, selatan, timur dan barat berlaku bermacam penindasan dan pergolakan yang sangat menguji sanubari manusia.

Imbas kembali

Perang Dunia pertama
Mengikut fakta Sejarah dimulakan dengan peristiwa pembunuhan Frank Ferdinand dan isterinya yang berasal dari Austria-Hungary. Pembunuhan tersebut dilakukan di Sarajevo , Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia maka bermulalah satu perbalahan yang kemudiannya German menyokong Austria-Hungary. Maka wujudlah “Kuasa-kuasa Pusat” (Axis) yang diwakili Austra-Hungary dan German dan “Tentera Bersekutu” yang diwakili Serbia, Russia, diikuti oleh Itali, Britain dan akhir sekali Amerika Syarikat. Tentera Bersekutu memang majoriti dalam hal ini.

Perang dunia Kedua

Perang ini merupakan perang lanjutan daripada peperangan yang pertama. Tetapi kerosakan yang dilakukannya adalah lebih teruk dan kejam daripda mana-mana sejarah peperangan dunia. Dianggarkan lebih 65 juta jiwa hilang dalam peperangan ini. Russia ditangga teratas diikuti negara Cina dan Jerman. Perang ini tercetus denga serangan bom pertama terhadap Poland oleh Jerman. Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagaskai juga berlaku, dan Amerika Syarikat menjadi kuasa besar dunia dan tertubuh juga Bangsa-bangsa Bersatu PBB (yang merupakan boneka kepada Amerika Syarikat dan Israel sekarang).

Daripada sedikit imbasan peperangan yang berlaku diatas, dapatlah kita kenal pasti apakah yang menjadi sebab peperangan secara tidak terperinci. Walaubagaimanapun, adakah ianya akan berhenti di situ sahaja.

Jika diamati dengan lebih terperinci fakta-fakta sejarah yang lebih lengkap, mengenai peperangan tersebut dan disusuli dengan pemerhatian daripada sekeliling kita dan yang paling penting apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. mudah dan terlampau mudah untuk difahami.

Sebelum ini aku terfikir yang bukan-bukan mengenai peristiwa di dunia ini tetapi setelah mengamati dan memuhasabahkan penceritaan di dalam apa yang dibawa oleh Baginda, segalanya terungkai seperti ungkaian kulit buah daripada isinya.

Perang Dunia Ketiga
Apakah ianya akan berlaku, atau sedang berlaku?
Jawapannya amat mudah dan sedang berlaku secara diam-diam dan senyap-senyap. Kejuruteraan Ketenteraan adalah satu perkara yang perlu kita semaikan. Tidak perlu kita pelajari daripada Universiti, boleh secara praktikal. Tetapi bukanlah diprakatikkan di tempat yang tidak sesuai. Ianya sangat sesuai di negara Balkan. Tetapi tidak di Malaysia (buat masa ini). Apa yang boleh kita buat adalah teori. Dari mana datangnya, daripda peristiwa dalam al-Quran dan Assunnah…

Faham-fahamlah wahai manusia..

Comments Off

01 Apr, 2010

Sambutan April Fool-Bahagian Dakwah JAIS

Posted by: radient In: IslamicTalk

“APRIL FOOL’S DAY” Print

Image Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.

Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.

Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.”

Surah Al-Hujurat: 48

Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine’s Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.

Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.

Fikirkan dan renung-renungkanlah……..

Disediakan oleh,

Bahagian Dakwah,

Jabatan Agama Islam Selangor

Comments Off

26 Feb, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Posted by: radient In: IslamicTalk

Maulidur Rasul merupakan sambutan Hari Kelahiran Rasulullah SAW. 12 Rabiulawwal Tahun Gajah merupakan peristiwa Mekah cuba diserang oleh Tentera Bergajah pimpinan Abrahah. Pada masa tersebut datang tentera dari langit (burung ababil) membawa batu-batu dari neraka dan menyebabkan kesemua tentera dan Abrahah sendiri mati dihujani batu yang panas tersebut.

Ini merupakan peristiwa yang sering kita dengar semasa zaman sekolah dahulu. Kelahiran nabi SAW yang membawa syiar yang suci melenyapkan segala kejahilan daripada masyarakat Arab Jahiliyyah.

Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran keatas junjungan besar kita yang tidak pernah kenal penat jerih meyampaikan syiar Islam.

Comments Off

Sesungguhnya alam ini merupakan satu bentuk atau ‘designation’ yang amat pragmatik oleh sesetengah orang dan mungkin menyebabkan pelbagai versi teori ciptaan alam. Yang agak baru dan menyayat hati, theory of Chaos, Scientology (telah menjadi agama), yang mengetengahkan odeology yang lari jauh dari norma-norma kehidupan hakiki ciptaan Yang Esa. Chaos Theory menyatakan sistem yang wujud hasil daripada keadaan yang spontan ataupun ‘disordered’ manakala scientology pula mengetengahkan pendapat yang manusia boleh mencipta segala-galanya dengan percambahan dari segi penyelidikan dan inovasi. Ini tidak lain hanyalah serpihan daripada ideologi Darwin Jr. yang menyatakan haiwan dan tumbuhan mulanya hidup dalam air kemudian telah mendominasi darat dan mulalah wujud organisma yang kompleks seperti sekarang. Darwin juga mendapat idea terebut berdasarkan Ideologi pagan kuno yang menyatakan alam ini terjadi secara kebetulan.

“Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Alhijr - 19)

“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu”(AlHijr -21)

Bagaimana kita boleh mengatakan semua itu kebetulan melainkan ianya hanyalah prasangka semata-mata. Contoh, jika kita berjalan setiap langkah ada ukurannya, berapa kali melangkah, berapa jarak sesebuah langkahan, berapa banyak kalori dan ATP digunakan bagi setiap langkahan, itu belum merujuk lagi berapa kali proses glikolisis, kitaran asid sitrik dan oxidative phosporylation untuk menjana ATP tersebut. Untuk satu langkahan sahaja bermacam perkara yang terlibat dan ada pengiraannya. Mana datangnya sang jahil boleh mengatakan sesuatu itu kebetulan apabila melibatkan benda yang lagi besar daripada itu.

Jika kita lihat, kemalangan adakah kebetulan. Jawapannya tidak, ada pengiraanya juga. Tetapi pengiraan bagi kemalangan jalan raya adalah di sisi Sang Pencipta sahaja. Tidak akan mampu ditafsir oleh sains dan teknologi. Tetapi, terdapat juga golongan yang disebut di al-quran surah Al-Waqiah iaitu almuqarrabin yang bermaksud “golongan yang didahulukan “. Dengan izin Allah golongan sebegini boleh mengetahui sesuatu kemalangan akan berlaku dengan ilham-Nya atau Khadam yang mendekatinya. Tak perlu cerita panjang, mungkin ada yang tidak suka apabila melibatkan perbincangan berunsurkan metafizik. Metafizik juga ada perkiraannya, tetapi struktur matematiknya terlampau komplek dan kebanyakannya melibatkan Pattern 19.

Imbasan kembali Pattern 19 yang saya jumpa semasa bermain gitar musical cord and relation with 5 times prayers. Adakah itu kebetulan. Rupa-rupanya, apabila kita bertutur kita menggunakan satu ukuran yang bukan sahaja dari segi frekuensi dan amplitud semata-mata, tetapi boleh di’derived’ Pattern 19.

Mari kita lihat pada surah yang pertama sekali dalam al-Quran iaitu al-Fatihah. Lebih mudah jika anda buka alquran

Perhatikan betul betul berapa huruf yang tertera pada kalimah bismillah diatas. Senang sahaja, sudah disebut. Dan mungkin ada yang akan mengatakannya kebetulan.

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.” (al-Hijr - 87)

Perhatikan betul-betul anda akan dapat lihat dan semestinya sudah tahu surah ini mengandungi 7 ayat dan fatihah termasuk dalam bilangan ayat tersebut. Saya akan huraikan dari segi skop lauran sahaja iaitu jumlah ayat terlebih dahulu supaya anda dapat buka mata dan hati dengan lebih jelas yang Allah menurunkan al-Quran iaitu kalam-Nya tidak dengan kebetulan. Tetapi ada struktur dan koditifikasi yang tersendiri.

Struktur pertama, 7 ayat menjurus kepada penciptaan tujuh langit dan tujuh bumi, tujuh syurga dan tujuh neraka tujuh golongan diakhirat, tujuh hari dalam seminggu dan memang nombor tujuh dominan dalam segala hal.

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”(Al-Isra’ - 44)”

“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq - 12)”

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, (Nuh - 15)”

Baiklah kemudiah lihat ayat selepasnya pula ada berapsemuanya 6 ayat. Mungkin kebetulan sahaja ada enam. Belum tentu lagi, cuba anda buka muka surat belakang sekali dan lihat berapa bilangan surah dalam al-Quran dan anda akan dapat perhatikan bahawa ada 114 surah. dan jika anda pernah membaca posting saya yang lepas -lepas atau dari sumber lain, anda akan dapt perhatikan bahawa 114 merupakan pendaraban daripda nombor prima 19x 6 = 114.

Baiklah cukup dahulu setakat ini. Diharap anda dap sedikit informasi tentang pencaturan dan pengukuran universal yang baru sedikit sahaja ini.

Jumpa lagi

Comments Off

08 Nov, 2009

Derma amal

Posted by: radient In:

Program menderma beg sekolah kepada rumah anak-anak yatim sedang dijalankan oleh forum jomlayan bermula pada 1 Nov - 31 Nov 2009.

Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada rumah anak yatim Tunas Harapan di Kuala Selangor.

Sehubungan itu kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui keterangan lanjut dan seterusnya me

nyumbang sila klik pada banner seperti di bawah.

Sesungguhnya, sumbangan anda amat berharga kep0ada yang memerlukan.

InsyaAllah.

Comments Off

Sudah agak lama aku tak menulis, lebih daripada sebulan. Ini kerana, aku mengalami satu suasana transformasi yang agak drastik dan berlainan dengan kebiasaan hidup aku dalam beberapa bulan yang lepas.

Beberapa bulan dahulu suasana hidup aku diselubungi dengan unggas-unggas dan flora dan fauna yang menyedapkan mata memandang dan membanyakkan aku berfikir. Berfikir tentang kebesaran Ilahi dan bagaimana Dia mampu menciptakan segalanya. Pergaulan aku banyak bersama makhluk-makhluk yang tidak diberikan akal oleh-Nya seperti burung, monyet, babi hutan dan pokok rimbunan, teduhan,renek dan lain-lain. Hanya sekali-sekala sahaja aku berhubung dengan manusia kerana walau apapun aku tetap manusia yang perlu mengeratkan silaturrahim.

Tetapi dalam bulan ini aku telah beralih kepada kehidupan yang agak kontra tetapi normal pada pandangan mata kasar atau mata zahir. Aku perlu lebih banyak bergaul dengan makhluk-Nya yang telah diberi akal iaitu makhluk serupa diriku sendiri. Inilah kehidupan yang perlu aku lalui sekarang setalah pertapaan aku beberapa bulan yang lepas. Tetapi memang akan menjadi suatu kebiasaan yakni suasana yang baru akan memberi kesan atau perasaan atau pemikiran yang baru. Kadang-kadang ianya sukar dan kadang-kadang ianya mudah. Bergantung dengan pengalaman yang lepas.

Apa yang Perlu Dimuhasabahkan

Kehidupan diatas bumi adalah merupakan satu fasa yang perlu ditekankan iaitu berkenaan apa yang anda lakukan. Adakah anda lakukan sesuatu perkara yang mengikut landasan ataupun tidak. Landasan yang dimaksudkan ada banyak. Pada zaman awal kehidupan manusia, kira-kira hanya 200,000 tahun yang lepas(mengikut fakta sains kewujudan Homosapiens selepas Homo erectus(sejenis monyet yang kononnya evolve menjadi Homo sapien ini), tetapi kebenarannya mungkin hanya beberapa puluh ribu tahun yang lepas sahaja (Adam a.s. diturunkan) mengikut pendapat para alim), apabila Nabi Adam a.s. diturunkan, landasan yang digunakan adalah satu sahaja, iaitu jalan menuju keredhaan sang Pencipta. Tetapi, setelah zaman ditelan zaman, dan makin ditelan zaman sehingga beribu-ribu nabi diutuskan dan sehinggalah datangnya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW makhluk bernama manusia atau Homo sapiens semakin bermacam ragamnya. Oleh sebab itu, landasan yang mereka ada banyak sekali. Jadi tidak salah jika dikatakan manusia pada zaman ini berada di landasan zahiriah atau lahiriah semata-mata. Jika baikpun, tetap bercampuraduk . Yang tidak bercampuraduk mungkin sedikit sahaja (golongan assabiqun). (Rujuk surah al-Waqiah).

Masa pada zaman ini tidak cukup dan digunakan berhempas pulas untuk kehidupan yang hanya beberapa saat atau kurang sahaja mengikut kiraan waktu universal ( 1000 tahun dunia bersamaan 1 hari akhirat).

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (al-Hajj: 47)

Kita perlu juga ingat yang masa bukan satu yang relatif tetapi berubah-ubah. Adakalanya kita merasa ianya lambat dan adakalanya laju.(Ingin aku ulas juga masa di alam manusia, alam manusia yang manusia biasa tak nampak dan alam jin. Alam sebelum kiamat memang banyak, alam orang mati shahid pun ada jugak lain, yang ini keadaannya wallahua’lam, doalah agar aku berkesempatan menulis lagi.)

Firman Allah:

“Demi Masa! , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (surah al-Asr)

Oleh yang demikian, patutkah kita biarkan masa itu memotong kita. Ramai yang memikirkan mereka menggunakan masa dengan sebaiknya, tetapi benarkah itu yang terjadi. Sesungguhnya, dunia ini adalah seperti satu kawasan hijau atau terang yang banyak perkakasan seperti gunung dan pokok. Perkakasan ini adalah diciptakan untuk kemandirian makhluk didalamnya. Dan makhluk yang menguasainya adalah manusia kerana diberikan akal. Tetapi adakah kekuasaan tersebut digunakan dengan baik. Gunakan fikiran anda. Semestinya jika anda menggunakan pemikiran zahir, anda dapati apa yang anda lakukan adalah terbaik. Gunakan pemikiran batin pula, apakah yang anda akan dapati?

Aku Adalah Hebat

Adakah anda tergolong dalam golongan ini. Jika ya, anda perlukan permuhasabahan diri tersebut. Tepuk dada tanya iman. Tidak patut sesuatu makhluk itu terutama manusia yang kerdil ini beraggapan yang sedemikian. Cuba anda bandingkan diri anda dengan langit, atau cari yang lebih kecil iaitu laut ataupun pokok balak, adakah anda itu lebih besar dan lama hidupnya berbanding dengan makhluk tersebut? Sesungguhnya Homo sapiens selalu leka dengan pangkat dan gelaran. Itu adalah suatu lumrah kehidupan yang kadang kala ada kebaikan dan kadang kala ada kecelakaan. Tetapi banyak kecelakaan tercetus bagi manusia zaman akhir ini.

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (al-Isra’:37)

Mungkin kita boleh berbangga dengan gelaran professor dalam pelbagai bidang penyelidikan. Tetapi, adakah kita pandai melakukan perkara lain, sebagai contoh menggunakan mesin rumput untuk menebas rumput, ataupun menggunakan software C++ untuk memprogram software sedangkan yang dipelajarinya merupakan bidang teori sahaja tanpa banyak praktikal ataupun professor itu mengambil jurusan bidang lain. Profesor tersebut masih memerlukan seorang mechanic untuk membetulkan mesin rumput yang rosak (kerana praktikal tersebut lebih banyak dipelajarinya) dan memerlukan seorang tukang menebas rumput untuk menggunakan mesin sandang tersebut dan juga memerlukan seorang technician dalam bidang IT untuk mencipta sesuatu program yang dikehendaki.

Dalam pada itu, mungkin kita boleh berbangga kerana kita ini merupakan seorang yang serba boleh seperti pandai memperbaiki mesin sandang atau pandai mengadaptasi/mereka sesuatu program komputer dan sebagainya. Tetapi, bolehkah anda melakukannya tanpa penyelidikan dan pengkajian daripada orang-orang seperti professor dalam mekanikal atau elektrikal dan professor dalam bidang kejuruteraan komputer ataupun kejuruteraan perisian?

Firman Allah,

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya yang lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (al-A’raf: 40)

Oleh itu, setiap manusia tidak kira professor/pegawai, ataupun juruteknik/pembantu makmal, sama sahaja, ada yang anda pandai dan ada yang anda bodoh. Muhasabahlah diri kita semua kerana bukan dunia ini destinasi kita yang sebenar untuk dikejar.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (al-Hadid: 20)

Destinasi kita yang perlu dikejar adalah sebentar sahaja lagi  mungkin 2 - 3 saat sahaja (mengikut perkiraan universal).

Segala yang Allah SWT cipta mengikut ukuran (mizan) agar manusia tidak melampaui batas kepada mizan tersebut.

Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr:19)

Fikir-fikirlah, setiap perkara ada penyelesaiannya, tetapi penyelesaiannya tidak akan dapat dicari jsampai ke mati ika ada sifat ANGKUH dan TAKABUR sama ada perasan atau tidak perasan (sifat tersebut).

Allah Almighty Knows Best

Comments Off
Comments Off

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Talk is Cheep