Radiniz Site

23 Jul, 2008

Kereta elektrik…?Pro dan Kontra..

Posted by: radient In: HardEasyLife| ScienceTalk

Ada pelbagai pandangan dan definisi dikemukakan membabitkan penggunaan kereta elektrik sebagai alternative kepada petrol dan diesel yang semakin melambung harganya dipasaran.
Sehubungan itu Proton telah mengorak langkah yang proaktif bagi mengurangkan bebanan kos yag ditanggung oleh pegguna pada masa kini dengan mengishtiharkan akan membangunkan kereta berasaskan elektrik pada tahun hadapan.
Persoalan yang timbul agak banyak,..
1. Berapakah kos untuk menjana kereta ini termasuk kos pengendalian, pengecasan, ketahanan,jarak sekali cas, perbandingan kos diatas dengan petrol dan diesel?
2. Bagaimanakah kuasa kereta seperti ini? Sebagai contoh, ketika mendaki bukit, ketika keadaan lalu lintas berkenaan dengan pickup kereta tersebut.
3. Bagaimanakah Proton ingin menghasilkan kereta tersebut kerana teknologi ini gak baru dan di Amerika dan Eropah juga masih dalam kajian dari segi eficiennya enjin tersebut. Cukupkah jurutera Proton kerana sebagai contoh di Jepun memerlukan ramai jurutera, lebih kurang 30 ribu untuk menghasilkan teknologi seperti ini yang berkualiti.
4. Persoalan yang paling menarik minat ramai pula merupakan harga yang patut dikenakan kepada pengguna. Kerana biasanya sesebuah teknologi yang masih baru harga untuk memilikinya aga mahal, bolehkan Proton mencipta kenderaan ini mesra dari segi harga.
Dari segi teorinya kereta seperti ini memang mesra alam kerana ianya tidak bersumberkan bahan bakar fosil yang mengeluarkan gas pencemaran..
Berkenaan dengan kos pengendalian pula agak sukar untuk diramalkan kerana pengkajian perihal sebegini perlu memakan masa yang lama sekurang-kurangnya 5 tahun, barulah kita dapat menilai prestasinya. Dari segi teorinya, enjen elektrik dapat bergerak sejauh 320km sekali cas dengan anggaran kos sebanyak 18sen sekilometer. Kalau dibandingkan dengan petrol, kos ini tidak jauh beza atau lebih murah kerana kebanyakan kereta 2000cc ke bawah kos anggaran adalah 12-18 sen sekilometer….Yang agak sukar dianggarkan merupakan kuasanya tetapi kebiasaannya kuasa enjin seperti ini tidak akan dapat menyamai bahan api fosil yang lebih power….Tetapi untuk penjimatan lebih baik tidak memikirkan perihal kuasa…
Kalau betullah prjek ini Berjaya, pengurangan kos belum tentu lagi dapat dikurangkan berdasarkan pengiraan kilometer tersebut. Tambahan lagi pada masa sekarang, yang kebanyakan kereta menggunakan hydro fuel, yang meningkatkan efficiency petrol ketahap 50% pasti petrol lebih jimat lagi….Tapi ini baru andaian dan anda semua boleh la memikirkannya mana satu lebih baik…
Dari aspek ekonomi pula dapat dirangkumkan sebagai baik juga kerana pengurangan kebergantungan terhadap bahan api fosil dapat dikurangkan dan sejurus itu dapat menekan OPEC atau pertubuhan minyak antarabangsa bagi mengurangkan harga bahan api fosil tersebut. Ini sedikit sebanyak juga dapat mengelakkan penyangak antarabangsa mengambil untung mudah menyediakan minyak diatas kertas lebih banyak daripada transaksi minyak yang berlaku.
Sebagai kesimpulannya memang baik dari segi ekonomi bagi mengurangkan pergantungan terhadap minyak…Dari segi penjmatan, tunggu dan lihat. Mungkin pengendalian enjinnya murah dapat member pulangan juga kepada yang berminat…
Fikir2lah.

Comments Off

Bacalah artikel dibawah supaya anda semua dapat melihat pengajaran didalamnya

“Pada pagi Sabtu (21.9.02) saya telah berkesempatan (Alhamdulilah) menghadiri kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmood. Ada satu cerita menarik yang saya kira bagus untuk kita kongsi bersama. Ustaz menceritakan bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar di Istana Hotel yang disampaikan oleh seorang rakyat Jepun yang menunjukkan hasil kajian nya mengenai Air.Contoh-contoh diambil dari sungai, laut dan merata-rata tempat. Dikaji molikul-molikul air itu dan dengan menggunakan mikroskop serta projektor maka dipancarkan keputusannya dilayar putih.Maka keluarlah bermacam-macam rupa bentuk susunan molikul air tersebut. Ada yang menakutkan dan ada yang menggerunkan.Apabila diambil air zam zam, maka keluarlah cahaya yang bersinar dengan susunan molikul yang tersusun lagi cantik.Kemudian disuruh pula dibacakan ayat-ayat suci dan zikir-zikir pada air biasa. Apabila diuji, air tersebut juga bercahaya. Untuk menguatkan lagi bukti maka diambil air biasa juga dan air tersebut dimaki hamun dengan perkataan yang hudoh, maka keputusannya, tergambarkan gambaran yang menakutkan.

Subhanallah…..

Air kosong yang kita minum dan guna hari-hari pun tahu betapa agungnya ayat-ayat Allah. Bagaimana kita yang setiap saat dan detik ini menghirup dan menikmati rahmat Allah. Tidak terfikir kah kita? Semoga orang Jepun tersebut mendapat hidayat dan memeluk Islam. Dalam seminar itu hanya segelintir sahaja orang Islam yang hadir. Itulah lebih kurang yang saya ingat. Kalau sahabat-sahabat ada maklumat lanjut, ingin juga saya kongsi bersama.”

Percaya atau tidak sememangnya air merupakan sumber perakam yang baik sekali. Apabila air itu dibacakan kalimah2 suci, mkaa molekul2 air akan membentuk satu struktur yang menarik, dan struktur itu tidak terhenti begitu sahaja, tetapi ianya dapat merebak kemolekul2 disekitarnya walaupun ditambah air yang lain. Ini juga telah terbukti secara saintifik oleh seorang profesor Barat yang mengkajinya juga menggunakan mikroskop.

Harusla diingat air merupakan latrutan universal; pelarut universal; peranan air memang besar untuk peringkat organisma hidup, cuma apabila masuk ke alam mikro, iaitu apabila terciptanya mikroskop, baru kita mengerti peranannya dalam merakam ayat-ayat tuhan. Wallahua’lam.

Comments Off

22 Jul, 2008

info_health _community

Posted by: radient In: ScienceTalk

Dewasa ini ramai antara kita yang telah dan mengerti tentang keperluan untuk menjaga kesihatan. Seringkalai kita mendengar istilah mencegah lebih baik daripada mengubati. Tahukah anda bahawa sumber2 pencegahan penyakit itu sebenarnya bleh didapati disekeliling kita, jika kita faham dan mengetahui cara mengekstrak sesuatu tumbuhan tersebut nescaya kita dapat memanfaatkan ciptaan tuhan untuk kebaikan bersama.

Walaupun kita tidak tahu untuk mengkstrak bahan2 tersebut daripada tumbuh-tumbuhan, kita masih boleh mencari daripada sumber2 yang disahkan keberkesanannya daripada syarikat-syarikat yang menjual produk2 kesihatan bersumberkan alam, yang banyak terdapat disekeliling kita pada masa ini.

Untuk mengetahu serba sedikit mengenai tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat kepada kita, anda boleh melayari http://radiniz.com/info_health_community. InsyaAllah serba-sedikit dapat membantu kita memahami prodk bersumberkan alam ini.

Comments Off

13 Jul, 2008

Bahana Senjata Geofizik

Posted by: radient In: ScienceTalk

Percaya atau tidak sekarang ni apa yang berlaku dipersekitaran kita sejak dua menjak ni menurut para saintis adalah disebabkan wujudnya senjata biofizik.

Gempa bumi, taufan, tsunami, puting beliung ada antaranya merupakan kajian yang sedang mereka jalankan sama ada secara rasmi atau illegal.

Semua itu tidak mustahil kerana manusia telah mencapai satu tahap teknologi ang serba canggih ada waktu ini. Mereka banyak merosakkan alam, jadi daripada aktivti merosakkan alam tersebut,  membantu dari segi pengkajian senjata ini.

Sebagai contoh mudah, tanah runtuh boleh dijadikan melalui penebangan hutan secara berleluasa dikawasan bukit, letusan gunung berapi yang kerap boleh dibuat dengan menebuk muka bumi ini dan menyebabkan percanggahan plate2 dalam bumi.

Sesunggunhnya ilmu itu untuk kebaikan, jika digunakan unutk kejahatan nescaya suatu hari nanti pembalasan akan diberikan….

Comments Off
Tags:

13 Jul, 2008

Bagaimana nak tahu jika kita terkena sihir

Posted by: radient In: IslamicTalk

Oleh SUARA MASJID AL-AZIM

Tazkirah

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s. w. t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a. s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s. a. w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka” (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s. a. w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s. w. t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s. a. w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s. w. t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s. w. t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s. a. w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Comments Off

12 Jul, 2008

Barang Makanan Naik,,barang Binaan lagi Naik

Posted by: radient In:

Jangan fikir harga makanan saja yang meningkat, tapi sesiapa yang terlibat dalam industri pembinaan lagilah parah.

Mana tidaknya

Sebelum minyak naik  harga besi cerucuk lebih kurang RM20-Rm30 sebatang, la ni dah jadi RM70 sebatang. Bayangkan nak paaki untuk satu tiang je lebih kurang 4-5 besi tau

Sebelum naik harga tanah (untuk peanambakan) selori kecik paling cikai RM80-100 a ni naik sampai RM120-RM140. Nak guna mesti 10-20 lori untuk tambak sekangkang kera.

Harga simen sebelum naik RM12 la ni jadi RM15, nak buat rumah kecik pun mesti lebih krang  20-40 kampi,blm campur pasir lagi da, satu lori dulu RM75 la ni jadi RM105-110.

Sapa sapa nak buat atau betulkan umah cam aku time ni memang sakit.

Harga diatas tertakluk ada asa kini, bulan depan elum tentu lagi pasal besi pun seminggu dua mingu dah naik harga.

Comments Off

 

                                                                  

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong
beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar
kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau
bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam
perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli
dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus
syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn.
Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham
selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit
dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang
kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari
Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM
Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma
Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

 

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah
bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat
pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata
negara. Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi
mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya,
Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

 

 

 

Comments Off

06 May, 2008

MIHAS Satu Cara Mempromosi Halal

Posted by: radient In:

Dewasa ini banyak produk2 keluaran tempatan yang boleh dikomersilkan. Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu cara2 untuk melakukannya. Mujurlah sekarang wujud sebuah agensi yang dapat menjadi orang tengah kepada para usahawan bumiputera bagi memperkembang sayap mereka ke luar negara.

Pameran Halal Antarabangsa MIHAS merupakan platform yang sangat baik kepada mereka yang ingin produk mereka merentasi sempadan negara ke rana disini banyak peluang untuk kita menemui para pemborong dan peruncit dari luar yang sedang mencari usahawan tempatan untuk bersaing dalam arena Industri Halal sedunia.

Kita sebenarnya bertuah mendapat peluang di depan mata seperti ini kerana Malaysia memang diakui produk Halalnya terutama oleh Asia Barat. Terdapat juga pasaran eropah yang harus kita tembusi kerana sebagai contoh makanan kita sentiasa unik bagi pelancong2 jadi jika kita dapat mengeksport  makanan seperti kerepek pisang, peyek dan sebagainya semestinya pasaran amat meluas. Ini kerana produk Halal bukan sahaja di terima oleh orang Islam semata tetapi ramai juga bukan Islam yang turut meminati produk seperti ini.

Oleh itu sama-samalah kita mempelopori bidang ini kerana rezeki yang terdapat dalamnya amat luas.  Bumiputera mesti bersaing dalam arena ini oleh sebab bumiputera Islam sendiri yang faham benar2 prinsip halal tersebut.

Comments Off

04 May, 2008

Janji-janji MB Selangor

Posted by: radient In:

Ini bukan apa sekadar tazkirah kepada yang telupa dan bolehla kita saling berpesan-pesan, beringat-ingat dan memperingatkan yang terlupa.

Ditujukan khas untuk MB Selangor Khalid Ibrahim

Ni janji-janji manis ko punye parti Keadilan masa belum pilihan raya dulu, baca betul-betul mana tahu ada yang kurang tolongla tambahkan.

Manifesto Kerajaan Selangor

  • Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
  • Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
  • Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan prasekolah.
  •  Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti.
  • Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
  • Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga.
  • Membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia.
  • Mencarum takaful bernilai R2500 untuk warga emas,orang kurang upaya dan anak yatim.
  • Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
  • Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
  • Membantu setiap rakyat Selangor mendapatkan kediaman sendiri.
  • Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam.

Antara yang telah dan bakal terlaksana:-

  •  Mewujudkan pusat penternakan babi moden yang bersistematik di Sepang dengan kos bernilai RM100 juta.

Tahniah diucapkan kepada rakyat Selangor kerana berjaya memilih seorang pemimpin yang berkaliber dan bakal merancangkan industri daging negara. Akan datang kita akan dapat melihat Malaysia merupakan antara pengeksport babi termasyur di dunia dan dikenali diperingkat antarabangsa.

Cukai daripada penternakan babi ini akan menjana ekonomi dan diagaih-agihkan untuk kepentingan masyarakat Selangor. Ini pada masa akan datang akan dapat menyaingi Genting Group dalam perolehan cukai bagi kerajaan dan rakya Selangor akan dapat banyak manfaat.

Tahniah, ke arah Selangor Maju.

ps: Jangan marah, aku pun nak jugak bergurau senda, fikir-fikirlah kuang,kuang,kuang!!.

Comments Off

16 Apr, 2008

Herbarium project

Posted by: radient In: ScienceTalk

A few weeks ago I went to a trip to Bukit Perak (Perak Hill) in Jeniang, Kedah, Malaysia.

Overview of Bukit Perak Forest Reserve

Bukit Perak Forest Reserve was located in Jeniang, it was regenerated forest near 46 year forest stand. The area was 167.0 hectare live between 50 to 150 meters from the ocean view with slope between 5% to 15%.this land was lowland diptrocarpaceae forest reserve. This forest content of species of Meranti Seraya (shorea curtish), Meranti Sarang Punai(Shorea parvifolia), Meranti Melantai(Shorea macroptera), Keruing(Diptrocarpus sp.), Meranti Tembaga(Shorea leprosula). Dipterocarpaceae is a family of 17 genera and approximately 500 species of mainly tropical lowland rainforest trees. The family name, from the type genus Dipterocarpus, is derived from Greek (di = two, pteron = wing and karpos = fruit) and refers to the two-winged fruit. The largest genera are Shorea (196 species), Hopea (104 species), Dipterocarpus (70 species), and Vatica (65 species). Many are large forest emergent species, typically reaching heights of 40-70 m tall, with the tallest known living specimen over 85 m tall. The species of this family are of major importance in the timber trade. Their distribution is pantropical, from northern South America to Africa, the Seychelles, India, Indochina and Malaysia, with the greatest diversity and abundance in eastern Malaysia. Some species are now endangered as a result of overcutting, extensive illegal logging and habitat conversion. They provide valuable woods, aromatic essential oils, balsam, resins and are a source for plywood.

I went there because to complete a biology project about herbarium and soil. The task of this project are to find at least two species of herbs that use for traditional remedy.So upon our trekking and climbing this hill we collected some of herbs identified in here such as Tongkat Ali (Long Jack) Eurichoma Longifolia, and Misai Kucing (Orthosiphon Candida), as our selected herbs. We selected these because this are some best traditional remedy that typically use as a source of energy and curing illnesses. Check out my website perubatan tradisional (currently in Malay language) to understand the usage of this herb.

This are some of the picture i get from  there:

img_2016.jpg     img_2041.JPG

This is the picture of Tongkat Ali we collected from the site. It is quite tough to pull the root from the ground because the lateral root is too big. But at last with a full force we manage to pull it above the ground.

img_2125.JPG

The picture of orthosiphon candida is not good enough, because the pressing (procedure before mounting in herbarium paper) of this herb is not good enough.This make the plant look dull. Sorry collected picture are not available.

img_2124.JPG

This is the picture of Eurycoma longifolia after being pressed  and heated for mounting in herbarium paper.

You should know that both herbs are benefit for your health:

Scientific name: Eurycoma Longifolia Jack

Local Name: Tongkat Ali, Pasak Bumi

Family name: Simarubaceae

Morphology: This medicinal plant has a narrow leaf, about 5-20cm length and 1.5 - 6cm in width. The leaves are less green at the below surface. The flowers are heterosexual. The part that is always used for medication is the root. The taproot (aerial root) is yellowish in colour and has bitter taste.

Distribution and ecology: Herbal plant that grows wild in forest of Malaysia and South East Asia

Used: Antimalarial,cancer prevention,aphrodisiac,sexual enhancer,cytotoxic,the Testosterone Builder,Antiulcer

 

Scientific name: Ortosiphon Stamineus

Local name: Misai kucing

Family name: Labiateae

Morphology: White or purple with whiskers like features.

Distribution and ecology: Usually planted as ornamental/garden herb.

Used: Antiallergic, antihypertensive, antiinflammatory and diuretic properties. It is used as a remedy for arteriosclerosis (capillary and circulatory disorders), kidney stones, diabetes and nephritis,treating ailments of the kidney, bladder stone, urinary tract infection, liver and bladder problems, diabetes, rheumatism and gout. It is also used to reduce cholesterol and blood pressure.

Comments Off
Tags:

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Talk is Cheep