Radiniz Site

02 Dec, 2009

Pencaturan dan Pengukuran Universal (Patern 19) Siri 1 Pengenalan

Posted by: radient In: IslamicTalk| ScienceTalk

Sesungguhnya alam ini merupakan satu bentuk atau ‘designation’ yang amat pragmatik oleh sesetengah orang dan mungkin menyebabkan pelbagai versi teori ciptaan alam. Yang agak baru dan menyayat hati, theory of Chaos, Scientology (telah menjadi agama), yang mengetengahkan odeology yang lari jauh dari norma-norma kehidupan hakiki ciptaan Yang Esa. Chaos Theory menyatakan sistem yang wujud hasil daripada keadaan yang spontan ataupun ‘disordered’ manakala scientology pula mengetengahkan pendapat yang manusia boleh mencipta segala-galanya dengan percambahan dari segi penyelidikan dan inovasi. Ini tidak lain hanyalah serpihan daripada ideologi Darwin Jr. yang menyatakan haiwan dan tumbuhan mulanya hidup dalam air kemudian telah mendominasi darat dan mulalah wujud organisma yang kompleks seperti sekarang. Darwin juga mendapat idea terebut berdasarkan Ideologi pagan kuno yang menyatakan alam ini terjadi secara kebetulan.

“Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Alhijr - 19)

“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu”(AlHijr -21)

Bagaimana kita boleh mengatakan semua itu kebetulan melainkan ianya hanyalah prasangka semata-mata. Contoh, jika kita berjalan setiap langkah ada ukurannya, berapa kali melangkah, berapa jarak sesebuah langkahan, berapa banyak kalori dan ATP digunakan bagi setiap langkahan, itu belum merujuk lagi berapa kali proses glikolisis, kitaran asid sitrik dan oxidative phosporylation untuk menjana ATP tersebut. Untuk satu langkahan sahaja bermacam perkara yang terlibat dan ada pengiraannya. Mana datangnya sang jahil boleh mengatakan sesuatu itu kebetulan apabila melibatkan benda yang lagi besar daripada itu.

Jika kita lihat, kemalangan adakah kebetulan. Jawapannya tidak, ada pengiraanya juga. Tetapi pengiraan bagi kemalangan jalan raya adalah di sisi Sang Pencipta sahaja. Tidak akan mampu ditafsir oleh sains dan teknologi. Tetapi, terdapat juga golongan yang disebut di al-quran surah Al-Waqiah iaitu almuqarrabin yang bermaksud “golongan yang didahulukan “. Dengan izin Allah golongan sebegini boleh mengetahui sesuatu kemalangan akan berlaku dengan ilham-Nya atau Khadam yang mendekatinya. Tak perlu cerita panjang, mungkin ada yang tidak suka apabila melibatkan perbincangan berunsurkan metafizik. Metafizik juga ada perkiraannya, tetapi struktur matematiknya terlampau komplek dan kebanyakannya melibatkan Pattern 19.

Imbasan kembali Pattern 19 yang saya jumpa semasa bermain gitar musical cord and relation with 5 times prayers. Adakah itu kebetulan. Rupa-rupanya, apabila kita bertutur kita menggunakan satu ukuran yang bukan sahaja dari segi frekuensi dan amplitud semata-mata, tetapi boleh di’derived’ Pattern 19.

Mari kita lihat pada surah yang pertama sekali dalam al-Quran iaitu al-Fatihah. Lebih mudah jika anda buka alquran

Perhatikan betul betul berapa huruf yang tertera pada kalimah bismillah diatas. Senang sahaja, sudah disebut. Dan mungkin ada yang akan mengatakannya kebetulan.

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.” (al-Hijr - 87)

Perhatikan betul-betul anda akan dapat lihat dan semestinya sudah tahu surah ini mengandungi 7 ayat dan fatihah termasuk dalam bilangan ayat tersebut. Saya akan huraikan dari segi skop lauran sahaja iaitu jumlah ayat terlebih dahulu supaya anda dapat buka mata dan hati dengan lebih jelas yang Allah menurunkan al-Quran iaitu kalam-Nya tidak dengan kebetulan. Tetapi ada struktur dan koditifikasi yang tersendiri.

Struktur pertama, 7 ayat menjurus kepada penciptaan tujuh langit dan tujuh bumi, tujuh syurga dan tujuh neraka tujuh golongan diakhirat, tujuh hari dalam seminggu dan memang nombor tujuh dominan dalam segala hal.

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”(Al-Isra’ - 44)”

“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq - 12)”

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, (Nuh - 15)”

Baiklah kemudiah lihat ayat selepasnya pula ada berapsemuanya 6 ayat. Mungkin kebetulan sahaja ada enam. Belum tentu lagi, cuba anda buka muka surat belakang sekali dan lihat berapa bilangan surah dalam al-Quran dan anda akan dapat perhatikan bahawa ada 114 surah. dan jika anda pernah membaca posting saya yang lepas -lepas atau dari sumber lain, anda akan dapt perhatikan bahawa 114 merupakan pendaraban daripda nombor prima 19x 6 = 114.

Baiklah cukup dahulu setakat ini. Diharap anda dap sedikit informasi tentang pencaturan dan pengukuran universal yang baru sedikit sahaja ini.

Jumpa lagi

No Responses to "Pencaturan dan Pengukuran Universal (Patern 19) Siri 1 Pengenalan"

Comments are closed.

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Talk is Cheep