Radiniz Site

30 Oct, 2009

Muhasabahlah Diri Anda Sebelum Anda di Muhasabahkan-Nya

Posted by: radient In: HardEasyLife

Sudah agak lama aku tak menulis, lebih daripada sebulan. Ini kerana, aku mengalami satu suasana transformasi yang agak drastik dan berlainan dengan kebiasaan hidup aku dalam beberapa bulan yang lepas.

Beberapa bulan dahulu suasana hidup aku diselubungi dengan unggas-unggas dan flora dan fauna yang menyedapkan mata memandang dan membanyakkan aku berfikir. Berfikir tentang kebesaran Ilahi dan bagaimana Dia mampu menciptakan segalanya. Pergaulan aku banyak bersama makhluk-makhluk yang tidak diberikan akal oleh-Nya seperti burung, monyet, babi hutan dan pokok rimbunan, teduhan,renek dan lain-lain. Hanya sekali-sekala sahaja aku berhubung dengan manusia kerana walau apapun aku tetap manusia yang perlu mengeratkan silaturrahim.

Tetapi dalam bulan ini aku telah beralih kepada kehidupan yang agak kontra tetapi normal pada pandangan mata kasar atau mata zahir. Aku perlu lebih banyak bergaul dengan makhluk-Nya yang telah diberi akal iaitu makhluk serupa diriku sendiri. Inilah kehidupan yang perlu aku lalui sekarang setalah pertapaan aku beberapa bulan yang lepas. Tetapi memang akan menjadi suatu kebiasaan yakni suasana yang baru akan memberi kesan atau perasaan atau pemikiran yang baru. Kadang-kadang ianya sukar dan kadang-kadang ianya mudah. Bergantung dengan pengalaman yang lepas.

Apa yang Perlu Dimuhasabahkan

Kehidupan diatas bumi adalah merupakan satu fasa yang perlu ditekankan iaitu berkenaan apa yang anda lakukan. Adakah anda lakukan sesuatu perkara yang mengikut landasan ataupun tidak. Landasan yang dimaksudkan ada banyak. Pada zaman awal kehidupan manusia, kira-kira hanya 200,000 tahun yang lepas(mengikut fakta sains kewujudan Homosapiens selepas Homo erectus(sejenis monyet yang kononnya evolve menjadi Homo sapien ini), tetapi kebenarannya mungkin hanya beberapa puluh ribu tahun yang lepas sahaja (Adam a.s. diturunkan) mengikut pendapat para alim), apabila Nabi Adam a.s. diturunkan, landasan yang digunakan adalah satu sahaja, iaitu jalan menuju keredhaan sang Pencipta. Tetapi, setelah zaman ditelan zaman, dan makin ditelan zaman sehingga beribu-ribu nabi diutuskan dan sehinggalah datangnya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW makhluk bernama manusia atau Homo sapiens semakin bermacam ragamnya. Oleh sebab itu, landasan yang mereka ada banyak sekali. Jadi tidak salah jika dikatakan manusia pada zaman ini berada di landasan zahiriah atau lahiriah semata-mata. Jika baikpun, tetap bercampuraduk . Yang tidak bercampuraduk mungkin sedikit sahaja (golongan assabiqun). (Rujuk surah al-Waqiah).

Masa pada zaman ini tidak cukup dan digunakan berhempas pulas untuk kehidupan yang hanya beberapa saat atau kurang sahaja mengikut kiraan waktu universal ( 1000 tahun dunia bersamaan 1 hari akhirat).

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (al-Hajj: 47)

Kita perlu juga ingat yang masa bukan satu yang relatif tetapi berubah-ubah. Adakalanya kita merasa ianya lambat dan adakalanya laju.(Ingin aku ulas juga masa di alam manusia, alam manusia yang manusia biasa tak nampak dan alam jin. Alam sebelum kiamat memang banyak, alam orang mati shahid pun ada jugak lain, yang ini keadaannya wallahua’lam, doalah agar aku berkesempatan menulis lagi.)

Firman Allah:

“Demi Masa! , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (surah al-Asr)

Oleh yang demikian, patutkah kita biarkan masa itu memotong kita. Ramai yang memikirkan mereka menggunakan masa dengan sebaiknya, tetapi benarkah itu yang terjadi. Sesungguhnya, dunia ini adalah seperti satu kawasan hijau atau terang yang banyak perkakasan seperti gunung dan pokok. Perkakasan ini adalah diciptakan untuk kemandirian makhluk didalamnya. Dan makhluk yang menguasainya adalah manusia kerana diberikan akal. Tetapi adakah kekuasaan tersebut digunakan dengan baik. Gunakan fikiran anda. Semestinya jika anda menggunakan pemikiran zahir, anda dapati apa yang anda lakukan adalah terbaik. Gunakan pemikiran batin pula, apakah yang anda akan dapati?

Aku Adalah Hebat

Adakah anda tergolong dalam golongan ini. Jika ya, anda perlukan permuhasabahan diri tersebut. Tepuk dada tanya iman. Tidak patut sesuatu makhluk itu terutama manusia yang kerdil ini beraggapan yang sedemikian. Cuba anda bandingkan diri anda dengan langit, atau cari yang lebih kecil iaitu laut ataupun pokok balak, adakah anda itu lebih besar dan lama hidupnya berbanding dengan makhluk tersebut? Sesungguhnya Homo sapiens selalu leka dengan pangkat dan gelaran. Itu adalah suatu lumrah kehidupan yang kadang kala ada kebaikan dan kadang kala ada kecelakaan. Tetapi banyak kecelakaan tercetus bagi manusia zaman akhir ini.

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (al-Isra’:37)

Mungkin kita boleh berbangga dengan gelaran professor dalam pelbagai bidang penyelidikan. Tetapi, adakah kita pandai melakukan perkara lain, sebagai contoh menggunakan mesin rumput untuk menebas rumput, ataupun menggunakan software C++ untuk memprogram software sedangkan yang dipelajarinya merupakan bidang teori sahaja tanpa banyak praktikal ataupun professor itu mengambil jurusan bidang lain. Profesor tersebut masih memerlukan seorang mechanic untuk membetulkan mesin rumput yang rosak (kerana praktikal tersebut lebih banyak dipelajarinya) dan memerlukan seorang tukang menebas rumput untuk menggunakan mesin sandang tersebut dan juga memerlukan seorang technician dalam bidang IT untuk mencipta sesuatu program yang dikehendaki.

Dalam pada itu, mungkin kita boleh berbangga kerana kita ini merupakan seorang yang serba boleh seperti pandai memperbaiki mesin sandang atau pandai mengadaptasi/mereka sesuatu program komputer dan sebagainya. Tetapi, bolehkah anda melakukannya tanpa penyelidikan dan pengkajian daripada orang-orang seperti professor dalam mekanikal atau elektrikal dan professor dalam bidang kejuruteraan komputer ataupun kejuruteraan perisian?

Firman Allah,

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya yang lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (al-A’raf: 40)

Oleh itu, setiap manusia tidak kira professor/pegawai, ataupun juruteknik/pembantu makmal, sama sahaja, ada yang anda pandai dan ada yang anda bodoh. Muhasabahlah diri kita semua kerana bukan dunia ini destinasi kita yang sebenar untuk dikejar.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (al-Hadid: 20)

Destinasi kita yang perlu dikejar adalah sebentar sahaja lagi  mungkin 2 - 3 saat sahaja (mengikut perkiraan universal).

Segala yang Allah SWT cipta mengikut ukuran (mizan) agar manusia tidak melampaui batas kepada mizan tersebut.

Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr:19)

Fikir-fikirlah, setiap perkara ada penyelesaiannya, tetapi penyelesaiannya tidak akan dapat dicari jsampai ke mati ika ada sifat ANGKUH dan TAKABUR sama ada perasan atau tidak perasan (sifat tersebut).

Allah Almighty Knows Best

No Responses to "Muhasabahlah Diri Anda Sebelum Anda di Muhasabahkan-Nya"

Comments are closed.

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Talk is Cheep