Radiniz Site

10 Sep, 2009

Tarian pendet@pendek@lain2

Posted by: radient In: HardEasyLife| IslamicTalk

Saya tertarik untuk member komen sedikit berkaitan dengan isu yang melanda Negara sekarang ini. Jika difikirkan memang nampak agak runcing persengketaan antara Malaysia dengan Indonesia ketika ini sehinggakan ada pihak dari Indonesia ingin berperang dengan Malaysia bermula dengan isu yang melucukan iaitu Tarian Pendet yang tidak berfaedah untuk Negara ini.

Dalam hal ini saya tidak ingin menyebelah mana-mana pihak kerana sepatutnya isu seperti ini tidak timbul. Kedua-dua belah pihak sepatutnya memikirkan munasabah dan muhasabah diri masing-masing.

Bagi pihak Malaysia, saya pelik mengapa kita perlu melakukan promosi pelancongan menggunakan satu cara yang tidak berguna untuk pengembangan ummah dan akidah rakyat Malaysia. Mengapa perlu kita menggunakan tarian yang tidak berfaedah seperti ini. Tidak adakah cara lain yang dapat dilakukan untuk menarik pelancong melainkan memaparkan tarian berkemban yang tidak tahu asal usulnya ini. Tarian tersebut bukan sahaja tidak berfaedah untuk perkembangan umat Islam bahkan menjadi wadah perkelahian antara dua Negara Islam. Memang Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk, berbilang kaum, tetapi berpada-padalah sedikit dalam aktiviti social. Kita ingin digelar Negara Islam tetapi mengetengahkan sesuatu yang tidak langsung bahkan bercanggah dengan unsur Islam itu sendiri. Mana hala tuju Islam sebenarnya jika begini. Jika isu yang berkaitan dengan hukuman syariah, senang sahaja orang Islam sendiri ingin membangkangnya (seperti isu Kartika), tetapi jika yang berkaitan bukan Islam, seperti ini takkan kita ingin pertahankan. Kita sendiri yang tidak mengkaji asal usul tarian tersebut, jadi, terimalah akibatnya.

Bagi pihak Indonesia pula, saya berharap janganlah dibesar-besarkan sangat isu seperti ini sehingga beria-ia ingin berperang dengan Malaysia hanya kerana sekadar tarian yang tidak berfaedah yang berasal daripada Bali seperti itu. Ya, mungkin ada isu-isu lain sebagai sampingan yang menyebabkan Indonesia tidak berpuasa hati, tetapi haruslah diingat walaupau kita berlainan Negara tetapi kita bersatu rumpun iaitu rumpun Melayu dan kebanyakannya rumpun Islam. Oleh itu, janganlah sebab hal-hal yang tidak berguna seperti ini menjadi satu permasalahan besar yang membawa kepada peperangan mental dan mungkin jiwa suatu hari nanti.

Ingatlah, sebagai dua Negara yang mempunyai bilangan umat Islam yang ramai, semestinya da persamaan antara kita. Persamaan tersebut memungkinkan untuk kita berkongsi budaya dan sebaik-baik budaya dalah budaya Islam. Jika anda mencampur baurkan budaya Islam dengan yang lain seperti budaya hindu dan Buddha, itulah yang sebenarnya harus diperbalahkan, bukan ini. Cukup mudah jika kita menggunakan budaya Islam kerana Islam tidak menyarankan budayanya dipusakai oleh golongan/kaum tertentu sahaja yakni bersifat universal.

Semailah bulan Ramadhan yang mulia ini dengan budaya Islam, jangan dengan tarian pendet nauzubillah, teramat jijik dan hina jika anda mengetahui perkelahian sesebuah Negara untuk hal sebegini. Isilah malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini dengan sesuatu yang lebih bermanafaat memuji kebesaran Yang Maha Kuasa. Ambillah iktibar dengan peristiwa dan wabak disekeliling anda sebagai aset bermuhasabah yang lebih berkesan.

Wallahu’lam.

No Responses to "Tarian pendet@pendek@lain2"

Comments are closed.

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Talk is Cheep