Radiniz Site

30 Aug, 2009

Erti Merdeka

Posted by: radient In: HardEasyLife| IslamicTalk

Apakah sebenarnya erti merdeka pada diri kita?

 

 

Inikah kemerdekaan? Ya, dari segi bahasa memang ya.

Apabila memebicarakan mengenai minuman,seringkali teringat pula kepada peristiwa seorang model yang bernama Kartika, terigin pula berbicara mengenainya. Kes yang meledak bagaikan pisang terlebih panas ini menjadi pandemic di selruh dunia. Apalagi, dengan tiba-tibas hukuman tersebut ditangguhkan.

Banyak pihak yang member pandangan dalam berbagai persepsi. Tetapi, apa jua pandangan, sepatutnya kita serahkanlah sahaja kepada undang-ndang mahkamah tersebut. maaflah jika tersusik sedikit, kerana ada beberapa pandangan yang saya tidak patut keluar seperti yang disarankan oleh Dato Sharizat, yang mengatakan undang-undang tersebut mendiskriminasi wanita. Ini menampakkan yang beliau memandang segala undang-undang menurut acuan sivil dan ini tidak patut sama sekali, kerana ini berkaitan dengan agama yakni wahyu, tidak sepatutnya wahyu dijelaskan dengan akal manusia, jika beliau mengetahui.

Perdana menteri sendiri menyeru supaya Kartika membuat rayuan, sepatutnya seruan sebegitu tidak berlaku, dan lebih baik beliau mengambil tindakan berkecuali kerana akan menjadi ejekan parti lawan (Pas) sahaja sebagaimana isu Nik Aziz megatakan “syurga neraka” yang sepatutnya tidak dimediakan kerana hanya membawa perpecahan. Kerana Kartika sendiri yang menginginkannya, eloklah dilangsungkan mengikut undang-undang (SYARIAH) yang ditetapkan.

Fenomena ini sememangnya telah lama melanda kita. Fenomena takutkan hudud, jika orang Islam sendiri member pandangan yang bukan-bukan terhadap hukum ini, apalagi orang bukan Islam, lebih mudah mereka ingin memperlekehnya. Janganlah kita takut melampaui batas seperti ini. UMNO jika ingin bekerjasama dengan Pas sepatutnya bertolak ansur dan menyetujui hukuman seumpamanya supaya dapat diserapkan sedikit demi sedikit unsure undang-undang Islam dalam Negara kita.

Sebelum ini saya selalu mengkritik Pas, kali ini sedikit saya mengkritik UMNO. Diharap,janganlah terlampau takut dengan Undang-undang Islam. Mungkin peristiwa ini memjadi satu pengajaran untuk kita membebaskan minda kita daripada undang-undang duniawi yang hanya membawa keuntungan sementara sahaja. cubalah kita sedikit demi sedikit membiasakan diri dengan undang-undang syariah dan keluarkan skop pemikiran daripada pemikiran sivil untuk kesejahteraan bersama. Siapa lagi yang ingin memahami kebenaran melainkan umat Islam sendiri.

Alhamdulillah, ada yang berani untuk menjadi perintis kepada undang-undang yang menerupai hudud ini. Jika dilaksanakan segera, lebih baik, menjadi pembuka mata kepada sanubari kita semua. Alcohol, merupakan sejenis minuman yang secara saintifikpun tidak berguna untuk badan. Secara logiknya, tiada faedah tetapi tetap diminum. Apakah menjadi kesalahan untuk menghukum golongan yang melakukan perkara tidak berfaedah. Fikir-fikirlah sendiri dan merdekakan minda.

Malam merdeka, biasanya juga disambut dengan merempit, perlakuan tidak senonok dan sebgainya. Jikan anda berakal nescaya anda dapat memeikirkan kebaikan bulan ini, iaiut bulan Ramadhan.

Selamat Hari Merdeka walaupun minda tidak merdeka.

Belum lambat lagi, selamat berpuasa bagi yang berpuasa InsyaAllah.

No Responses to "Erti Merdeka"

Comments are closed.

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Talk is Cheep