Assalamualaikum
Saya disini ingin memberikan sedikit pandangan dengan isu yang melanda antara parti politik dinegara ini. Saya tidak ingin berkata banyak Cuma ingin supaya kita dapat bermuhasabah diri dengan apa yang sedang berlaku. Saya tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dalam apa jua isu kerana memang dapat diperhatikan semua pihak berada dilandasan yang benar dan salah masing-masing.
Baiklah, isu yang utama pada masa ini benarkah Nik Aziz membenarkan DAP menghina Islam. Apabila didengar sekali seperti tidak logic tapi apabila telah melihat sendiri seperti pelik dan ajaib. Saya bukanlah orang yang pandai berpolitik dan kurang faham dengan motif politik tetapi apabila ini berlaku saya memang semakin ingin menjauhkan diri daripada politik. Kerana dalam benak fikiran saya politik telah menjatuhkan maruah seorang insan yang telah diaggap berkaliber selama ini. Cuba anda fikirkan sebelum ini walaupun pergaduhan politik berlaku, tidak sampaipun ulama menjadi cacian, tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan, bermula dengan Datuk Harussani sehingga tuan guru sendiri. Sebelum anda menjadi pakatan rakyat tidak seteruk ini.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya dipolitikkan secara melampaui batas seperti dikomersialkan. Selama ini memang saya terlampau pelik dan ajaib kerana apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO semuanya salah belaka. Memang banyak kesalahan UMNO, tetapi ada juga sedikit kebaikan. Sebagai contoh, ISA, memang satu kesalahan kerana kerapkali disalahgunakan oleh pemimpin UMNO. Tetapi untuk memansuhkannya saya rasa tidak releven kerana pesalah-pesalah yang boleh membocorkan rahsia Negara seperti isu “Scomi” dahulu tidak boleh dibiarkan ke luar begitu sahaja. Dan tentangan patutnya dilakukan dengan cara yang lebih mengurungkan kerugian orang awam. Anda sendiri patut memikirkan cara yang terbaik.
Selain itu saya boleh katakana Pas walaupun kataknya memperjuangkan Islam tetapi sekarang lebih kepada perjuangan politik ,mungkin kerana wujud Pas “erdogan” yang dikatakan tersebut saya tidak tahu. Kerana apa saya berkata begitu. Kerana jika anda memperjuangkan Islam, anda sepatutnya melihat dan mengkaji ke dua-dua perkara iaitu baik dan buruk yang dilakukan oleh parity lawan anda iaitu UMNO. Sebagai contoh, isu ISA tersebut, anda menentang sekeras-kerasnya sehingga mengadakan demonstrasi jalanan sehingga “menguntungkan” banyak pihak seperti orang awam dan para peniaga jalanan dan “merugikan” DAP dan PKR. Mungkin itu yang anda mahukan kerana ISA memang patut dikaji semula. Ini memang kesilapan UMNO. Tetapi dalam banyak kesilapan yang lain, tidakkah anda nampak kebaikan sedikitpun. Jika anda nampak kejahatan UMNO seperti ISA dan ditentang dengan sekeras-kerasnya mengapa anda tidak menyokong dalam beberapa perkara yang baik senaik-baiknya (inilah sifat manusia, tidak kira orang Islam ataupun bukan, hanya nampak yang buruk). Sebagai contoh pada tahun 2001 lebih kurang Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Muhammad ketika merasmikan pernah memberi cadangan ataupun sekadar saranan tetang perihal kebaikan menggunakan “dinar emas” sebagai medium kewangan. Pas semestinya tidak payah diterangkan kebaikan dinar emas, kerana sudah masak dengan kebaikannya. Ok, sekarang anda nampak, perkara baik tersebut, kenapa tidak digerakkan jentera Pas untuk menggesa idea ini dijalankan? Oleh sebab itu, saya berpendapat dan mungkin anda akan marah dengan pendapat ini tetapi saya tidak peduli, iaitu Pas bukan lagi parti politik Islam, tetapi sekadar parti politik biasa sahaja.
Ini belum lagi saya menceritakan pandangan Pas yang sering sering kali berubah-ubah oleh Presiden dan Menteri Besarnya sendiri yang mengelirukan orang ramai. Pandangan yang mudah sekali memecahbelahkan Islam terutama orang Islam yang gemar mengikut-ikut. Yang paling memelikkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memerintah ditekan untuk supaya meletak jawatan, apabila ingin meletakkan jawatan disuruh supaya memikirkan perkara tersebut dan jangan meletakkan jawatan. Banyak lagi perkara pelik yang lain terjadi cukuplah satu contoh. Benar, pemerintahan Pas di Kelantan patut dipuji kerana tiada kronism seperti Barisan Nasional. Barisan Nasional memang tidak islamik iaitu parti Islam separuh-separuh, itu tidak dinafikan, tetapi penglibatan DAP dan PKR dalam Pas juga merubah banyak lanskap Pas seperti menghampiri Barisan Nasional, sedar atau tidak sedar.
Fikir-fikirlah wahai makhluk yang diberi akal. Kita bukanlah raja di dunia ini. Banyak lagi makhluk lain yang lebih hebat daripada kita. Saya punh pelik mengapa semenjak dua menjak ini terlampau ramai wakil rakyat terutama Pas meniggal dunia. Memang ajal maut ditangan Allah tapi mungkin perantaraannya ada makhluk lain yang marah. Mungkin jin Islam marah? Kerana teknik serangan jantung terlampau banyak berlaku. Bukan senang ingin memeprjuangkan Islam, tetapi memang tidak boleh diterima jika orang yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya dilandasan yang salah tanpa disedari. Adakah makhluk yang tidak nampak yang seperti disebutkan oleh surah al-Jin tersebut turut marah.terlampau ramai manusia yang memperjuangkan Islam dengan mulut tetapi perbuatan bercampur aduk antara batil dan hak.
Tak terniat saya ingin mengutuk Pas, BN saya tidak ulas panjang kerana kita telah masak dengan mereka, kerana mereka bukan parti yang memperjuangkan Islam spepenuhnya, jadi kepincangan ada pada mereka. Yang merisaukan adalah Pas. Diharap kita dapatlah bermuhasabah diri dengan situasi dunia sekarang yang dipenuhi pelbagai wabak penyakit yang melanda. Tetapi sebenarnya ada kebaikan H1N1 ini. Mungkin Allah tidak mahu projek babi besar-besaran yang dianjurkan DAP dan disokong Pas dan PKR itu menjadi reality di bumi Malaysia ini. Anda semestinya tahu segala musibah ketentuan Ilahi yang sarat dengan pengajaran untuk umat manusia. Bermuhasabahlah kita baik dipihak Pas mahupun UMNO.
Segala respon anda bolehlah diemelkan kepada cronic_cronicle@yahoo.com kerana saya harap dapat dibetulkan jika ada kesilapan, ampun dan maaf jua dipinta. Wallaahu’lam.


