Radiniz Site

11 Aug, 2009

Penyediaan Indigenious Microorganism (IMO)

Posted by: radient In: AgriTalk

Indigenous Microorganisma merupakan bacteria setempat yang sesuai dengan keadaan fizikal sekeliling tanah yang didiami. ianya diperlukan untuk membantu proses tumbesaran tanam-tanaman. Dibawah ditunjukkan cara –cara untuk meningkatkan kadar pertumbuhan bacteria tersebut

Bahan-bahan yang diperlukan:

Nasi sejuk (Nasi dingin)

Gula merah

Air beras

Dedak beras (rice bran)

Peralatan:

Bekas kayu/plastic/seramik (Kedalaman bekas sekurang-kurangnya 10cm)

Tali

Kertas putih

Cara membuatnya:

         i.            Nasi diletakkan dalam bekas (mengikut keluasan permukaan yang dikehanedaki, lebih luas lebih bagus untuk pengeraman bacteria). Tutup dengan kertas dan ikat dengan tali.

       ii.            Letakkan bekas tadi

·         Di bawah pohon buluh atau

·         Jerami padi atau

·         Daun kering selama 2-3 harii. Tutup dengan pelindung hujan

      iii.            Nasi yang telah difermentasikan dikenali dengan IMO1 – diselaputi myselium berwarna putih digaulkan dengan gula merah dengan kadar (1:1) isipadu.

     iv.            Simpan campuran di atas di dalam bekas selama 5 hari dan ditutup dengan kertas.

       v.            Hasilnya dikenali dengan IMO 2 dan berwarna perang serta melekit.

     vi.            Ambil 1 gm IMO 2 + 10 kg dedak beras + 2 liter air beras (yang diperam selama 3 hari) dengan kelembapan 65%. Kemudian ditutup dengan jerami/guni/daun pisang dan dibiarkan 3-5 malam dikenali IMO3.

    vii.            Campurkan 1 bahagian IMO 3 dan 1 bahagian tanah dengan kelembapan 65%. Tutup dengan jerami/guni/daun pisang dan dibiarkan 3-5 hari dikenali IMO 4.

  viii.            Campurkan IMO 4 + tahi ayam dengan kadar 1:10 dengan kelembapan 65%. Balikkan selepas seminggu. Selepas dua minggu boleh digunakan sebagai IMO 5 dengan kadar 2-3 tan /ha.

Sumber:

 Jabatan Pertanian Malaysia

Tags:

No Responses to "Penyediaan Indigenious Microorganism (IMO)"

Comments are closed.

About

This is an example of a WordPress page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from.

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Talk is Cheep