Radiniz Site

Seeking the Truth is Our Priority

Sunday
Nov 16,2008

Lama tak update blog, final semester and final year. Nak ulas sedikit pasal final paper aku, biological diversity berkaitan dengan theory of evolution atau descent with modification anjuran Darwin the fascist. Semua orang (yang diberi cahaya) tak percaya theory tersebut. Terutama orang yang diberi ilmu. Tetapi ada yang percaya (yang tidak mendapat cahaya) walaupun teori tersebut berserabut sebenarnya.

Sememannya ini adalah salah satu daripada sumber kesesatan yang bersistem. Kerana semua media selalunya memberikan impak dan kesan kepada sanubari dan pemikiran, dan media tersebut kadang2 terlampau ghairah mengagungkan teori “fairy tale” seperti ini seperti national gheographic dan sebagainya.

Nak beri contoh sikit, Berkaitan dengan Kingdom Animalia, phylum moluskan, evolutionist sememangya tidak ada idea kadang2 apabila mereka mengaitkan sesuatu organisma mereka memberi kategori (maaf susah nak explain dalam bahasa melayu sebab pembacaan dalam english) phylum moluskan ini makhluk yang bercengkerang, kemudian mereka memasukan juga binatang yang tak bercengkerang,nak bagi korang paham la. sebagai contoh siput (class gastropoda) bercengkerang, tetapi dikelaskan kepada sea slug (organisma laut tidak bercengkerang), sememangnya pengkelasa tersebut tidak sesuai.

Expalination untuk perkara diatas ialah sea slug itu telah hilang cengkerang!! Bermaksud sebelum ni mereka mengatakan sea slug ada cengkerang tetapi kerana evolusi, cengkerang itu hilang. Banyak lagi, tapi kerana kesuntukan masa bagi satu contoh sahajalah buat masa ni.

Kepada yang beragama Islam, jika anda juga mempelajari biology, berhati-hati dengan kepercayaan tersebut apabila berkaitan dengan teori evolusi, takut tersesat akidah. Kerana berkemungkinan yang membaca tetapi menghafal akan menyebut “this orghanism has lost it shell” padahal perkara sebenar “this organism doesnt has shell”. Evolusi tidak akan berlaku secar luar biasa.

Tangan manusia tidak akan panjang lebih daripada hadnya, memang kod genetik boleh berubah, tetapi perubahan tak mungkin melampau batas seperti ketinggian manusia, ada hadnya walaupun manusia zaman ini semakin tinggi. faktornya mungkin pemakanan pada zaman ini. Tetapi apabila mencapai hadnya akan memendek semula suatu hari nanti. Exponential biasanya ada limitasi.

Apa2pun, ingatlah, segalanya adalah kehendak Allah menjadikan sesuatu makhluk mengikut kehendaknya. Tak terlarat kita nak klasifikasikan kerana bermacam2 makhluk yang Dia cipta. Tetapi kebnyakan orang tidak mengerti dan mengatakan ini berevolusi daripada ini dan yang itu dari itu dan sebagainya.

Rujuklah kitab yang suci, sesungguhnya hanya orang yang mendapat cahayanya akan faham isi kandungannya

Allah Almighty knows best

p/s: ku ingin berkelana kembali selepas ini. jumpa lagi.

Fenomena Minda

Thursday
Oct 30,2008

Ujian kecerdasan otak manusia.

Syaa tdiak prceyaa ynag syaa daapt mmeabca tluiasn ini. Stau fenmoena kkeauatn oatk mnusiaa. Mureujk keapda pneyidalikn dirpadaa Uinrevitsy Cmarbidge,tak kria bgiaaamna pniluasn dlkaaiukn,itiau hruuf butareber bagiamaanupn aalsakn huurf aawl dan hruuf aihkr beadra di tmpeatyna.Keabnyaaknyna aakn mmeebri ksean, tteapi msaih bleoh dcbiaa. Ini kranea pemiikarn mnusaia tdaik mmbaeca hruuf stau-stau, tteapi seacra kesuelruahn.Meanirk bkuan! Klaau adna bloeh bcaa ini, sbaerakn kaedpa ynag lian. Peant Pkaick ailh bhsaaa.!!

Igant. cmua oanrg ynag pnadai sjaa beolh bcaa ni! Kalau tak dapat baca, doa la banyak-banyak..

Words of Wisdom from the Quran

Tuesday
Oct 28,2008

This article was taken from www.irfi.org , just want to share to all of you the tremendous word of god. We sometime forgot, and this will actually will make us remember what we always forgot. The red in color is something that really important, for us to remember.

1. Respect and honour all human beings irrespective of their religion, color, race, sex, language, status, property, birth, profession/job and so on [17/70]

2. Talk straight, to the point, without any ambiguity or deception [33/70]

3. Choose best words to speak and say them in the best possible way [17/53, 2/83]

4. Do not shout. Speak politely keeping your voice low. [31/19]

5. Always speak the truth. Shun words that are deceitful and ostentatious [22/30]

6. Do not confound truth with falsehood [2/42]

7. Say with your mouth what is in your heart [3/167]

8. Speak in a civilized manner in a language that is recognised by the society and is commonly used [4/5]

9. When you voice an opinion, be just, even if it is against a relative [6/152]

10. Do not be a bragging boaster [31/18]

11. Do not talk, listen or do anything vain [23/3, 28/55]

12. Do not participate in any paltry. If you pass near a futile play, then pass by with dignity [25/72]

13. Do not verge upon any immodesty or lewdness whether surreptitious or overt [6/151].

14. If, unintentionally, any misconduct occurs by you, then correct yourself expeditiously [3/134].

15. Do not be contemptuous or arrogant with people [31/18]

16. Do not walk haughtily or with conceit [17/37, 31/18]

17. Be moderate in thy pace [31/19]

18. Walk with humility and sedateness [25/63]

19. Keep your gazes lowered devoid of any lecherous leers and salacious stares [24/30-31, 40/19].

20. If you do not have complete knowledge about anything, better keep your mouth shut. You might think that speaking about something without full knowledge is a trivial matter. But it might have grave consequences [24/15-16]

21. When you hear something malicious about someone, keep a favorable view about him/her until you attain full knowledge about the matter. Consider others innocent until they are proven guilty with solid and truthful evidence [24/12-13]

22. Ascertain the truth of any news, lest you smite someone in ignorance and afterwards repent of what you did [49/6]

23. Do not follow blindly any information of which you have no direct knowledge. (Using your faculties of perception and conception) you must verify it for yourself.
In the Court of your Lord, you will be held accountable for your hearing, sight, and the faculty of reasoning [17/36].

24. Never think that you have reached the final stage of knowledge and nobody knows more than yourself. Remember! Above everyone endowed with knowledge is another endowed with more knowledge [12/76]. Even the Prophet [p.b.u.h] was asked to keep praying, “O My sustainer! Advance me in knowledge.” [20:114]

25. The believers are but a single Brotherhood. Live like members of one family, brothers and sisters unto one another [49/10].

26. Do not make mockery of others or ridicule others [49/11]

27. Do not defame others [49/11]

28. Do not insult others by nicknames [49/11]

29. Avoid suspicion and guesswork. Suspicion and guesswork might deplete your communal energy [49/12]

30. Spy not upon one another [49/12]

31. Do not backbite one another [49/12]

32. When you meet each other, offer good wishes and blessings for safety. One who conveys to you a message of safety and security and also when a courteous greeting is offered to you, meet it with a greeting still more courteous or (at least) of equal courtesy [4/86]

33. When you enter your own home or the home of somebody else, compliment the inmates [24/61]

34. Do not enter houses other than your own until you have sought permission; and then greet the inmates and wish them a life of blessing, purity and pleasure [24/27]

35. Treat kindly ” Your parents ” Relatives ” The orphans ” And those who have been left alone in the society [4/36]

36. Take care of ” The needy, ” The disabled ” Those whose hard earned income is insufficient to meet their needs ” And those whose businesses have stalled ” And those who have lost their jobs. [4/36]

37. Treat kindly ” Your related neighbours, and unrelated neighbours ” Companions by your side in public gatherings, or public transportation. [4/36]

38. Be generous to the needy wayfarer, the homeless son of the street, and the one who reaches you in a destitute condition [4/36]

39. Be nice to people who work under your care. [4/36]

40. Do not follow up what you have given to others to afflict them with reminders of your generosity [2/262].

41. Do not expect a return for your good behaviour, not even thanks [76/9]

42. Cooperate with one another in good deeds and do not cooperate with others in evil and bad matters [5/2]

43. Do not try to impress people on account of self-proclaimed virtues [53/32]

44. You should enjoin right conduct on others but mend your own ways first. Actions speak louder than words. You must first practice good deeds yourself, then preach [2/44]
45. Correct yourself and your families first [before trying to correct others] [66/6]

46. Pardon gracefully if anyone among you who commits a bad deed out of ignorance, and then repents and amends [6/54, 3/134]

47. Divert and sublimate your anger and potentially virulent emotions to creative energy, and become a source of tranquility and comfort to people [3/134]

48. Call people to the Way of your Lord with wisdom and beautiful exhortation. Reason with them most decently [16/125]

49. Leave to themselves those who do not give any importance to the Divine code and have adopted and consider it as mere play and amusement [6/70]

50. Sit not in the company of those who ridicule Divine Law unless they engage in some other conversation [4/140]

51. Do not be jealous of those who are blessed [4/54]

52. In your collective life, make rooms for others [58/11]

53. When invited to dine, Go at the appointed time. Do not arrive too early to wait for the preparation of meal or linger after eating to engage in bootless babble. Such things may cause inconvenience to the host [33/53]

54. Eat and drink [what is lawful] in moderation [7/31].

55. Do not squander your wealth senselessly [17/26]

56. Fulfil your promises and commitments [17/34]

57. Keep yourself clean, pure [9/108, 4/43, 5/6].

58. Dress-up in agreeable attire and adorn yourself with exquisite character from inside out [7/26]

59. Seek your provision only by fair endeavour [29/17, 2/188]

60. Do not devour the wealth and property of others unjustly, nor bribe the officials or the judges to deprive others of their possessions [2/188]

Tuesday
Oct 28,2008

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Kerajaan dan pihak yang mempunyai dana besar digesa menghulurkan bantuan dengan segera dengan menyunting dana ke dalam pasaran saham tempatan.

Para penganalisis pasaran berpendapat langkah tersebut wajar memandangkan Malaysia tidak dapat lari daripada terkena tempias kejatuhan pasaran saham global.

Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Huda Ikhwan berpendapat, pihak atau pertubuhan agama Islam yang mempunyai dana yang banyak mungkin dapat membantu dengan menyuntik dana ke dalam pasaran tempatan.

‘‘Malaysia sebagai pelopor kepada pasaran modal Islam dan mempunyai kaunter-kaunter saham yang berlandaskan Islam memerlukan sokongan atau bantuan daripada pertubuhan dan majlis agama Islam yang mempunyai dana yang besar untuk membeli saham-saham bermasalah ini.

‘‘Kebanyakan kaunter-kaunter tersebut tidak mempunyai harga yang sama dengan nilai syarikat tersebut, dengan menyuntik dana ke dalam saham mereka akan dapat membantu kaunter tersebut ‘bernafas’ semula,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini…….selanjutnya……..Segera hulur bantuan-Kauter saham syariah perlu sokongan pertubuhan, majlis agama

__________________________________________________________
Dalam situasi kita dapat lihat dimana kauter yang berunsurkan syariah perlu digembling untuk terus maju dan berdaya saing terutama semasa kegawatan ekonomi seperti ini. Perlu di ingatkan, kesan kejatuhan ekonomi dunia kini melibatkan segala aspek dan menyebabkan indeks BSKL jatuh pada tahap yang sangat rendah.

Saham-saham yang berunsurkan syariah merupakan saham yang agak baru dalam arena. Sebagai contoh pada tahun 2006, asset bank seperti bank Islam adalah yang paling rendah sekali,

Jumlah Keseluruhan Asset Bank di Malaysia Menurut Ranking Pada 30 Jun 06

Maybank   : RM 224 Billion

CIMB Group : RM 154 Billion

Public Bank : RM 135 Billion

RHB Capital : RM 96 Billion

AMMB Holdings : RM 72 Billion

Hong Leong : RM 61 Billion

EON Capital : RM 38 Billion

Affin Holdings : RM 35 Billion

Bank Islam Malaysia Berhad : RM 18 Billion 

Sumber : NST, 26 Nov 06 

Ini menujukkan yang perlunya sokongan oleh semua pihak. Kadang orang berfikiran mengapa pinjaman bank Islam mahal, sepatutnya lebih murah, tetapi mereka tidak berfikir kadar tersebut adalah untuk tahun pertama, tidak mengira kadar BLR (Base Lending rate) bagaimana (rujuk Perbankan Islam Zalim Kerana Mahal?).

Perlu diingat, segala yang berkaitan dengan perbankan Islam adalah untuk jangka masa panjang. Ramai orang berfikir dalam jangka masa pendek semata-mata, sebab itulah mereka tidak berfikir menggunakan perbankan Islam.

Pilihlah mana yang baik untuk anda.

  • Comments Off
  • Sunday
    Oct 26,2008

    Sukar sebenarnya untuk memperkatakan hal ini. Kerana kita sedia maklum perkara sebegini agak sensitif untuk sebilangan orang. Apa-apapun saya ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya apa yang saya ingin perkataka menyinggung perasaan beberapa pihak.

    Saya cuma ingin ringkaskan berkenaan ceramah yang telah saya hadiri tadi. ceramah tersebut adalah berkaitan dengan ketuanan di bumi sendiri yakni ketuanan Melayu. Dengar memang sensitif, oleh itu ulasan akan dilakukan sedikit sahaja, untuk mereka yang memahami apa yang terjadi kepada situasi masa kini.

    Daripada apa yang saya dengar tadi, memang, menceritakan tentang asal usul, Melayu itu sendiri. Tetapi yang ingin saya perkatakan, apa yang lebih baik jika kita bercerita mengenai perihal sebegini.

    Pertama, bercerita berkenaan ketuanan Melayu akan menyebabkan orang bukan Melayu berfikir yang bukan-bukan dan andaiannya adalah perkauman, padahal mereka pun ada yang bersifat perkauman, oleh itu jangan berfikir bukan-bukan mengenai post ini.

    Sejarah asal Melayu merujuk kepada orang Melayu yang mengamalkan adat resam Melayu. Nama “Melayu juga dikatakan berasal daripada Sungai Melayu di Jambi. Pedagang-pedagang asing juga banyak memberi peranan dari segi penamaan Melayu itu sendiri. Pedagang dari China, Eropah menyebut Melayu dengan pelbagai versi mengikut slang mereka. Dan Melayu itu sendiri berasal daripada Parameswara yang lari daripada Temasik ke Melaka untuk membentuk kerajaan di situ. Perkataan Melayu sendiri dalam bahasa Jawa bermaksuud “lari” dan ini menguatkan bukti yang tanah Indonesia sangat berkait rapat dengan Tanah Melayu.

    Cukuplah sedikit sahaja saya menghuraikan perkara tersebut. Apa yang ingin saya huraikan apa yang patut kita faham daripada sejarah kita sendiri. Itu yang lebih penting. Seperti yang kita sedia maklum, peradaban Melayu sebelum kemasukan Islam berdasarkan peradaban Hindu dan agama tersebut juga mereka anuti. Tetapi alhamdulillah selepas kemasukan Islam melalui pedagang-pedagang Arab, atau ada yang berpendapat daripada Cina dan India , kita dapat menemui satu perkara yang paling indah iaitu keesaan Maha Pencipta tuhan sekelian alam. Apa yang kita tahu, selepas Parameswara memeluk Islam, perkembangan pelabuhan Melaka menjadi beegitu pesat dan dikenali di peringkat antarabangsa ketika itu dan yang paling menarik adalah, Bahasa Melayu sendiri di zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi bahasa antarabangsa.

    Daripada penerangan ringkas di atas, anda rasa apakah yang menyebabkan kemajuan yang sedemikian rupa. Untuk menjawab soalan ini mestilah ada daya pemikiran secara logikal dan jika dimasukkan fikiran spiritual anda akan faham maksud saya. Secara logikal mestilah dikatakan kedudukan Melaka yang amat strategik menjadi pusat perhubungan antara Barat dan Timur, rujuk Kesultanan Melayu Melaka . Ini daripada segi logikal, tetapi spiritutual pula bagaimana.

    KIta dapat lihat setelah memeluk Islam sultan Melaka merupakan orang yang warak atau alim dalam melaksanakan perintah Allah dan segala undang-undang yang dilaksanakan mengikut spesifikasi dalam al-Quran iaitu hudud. Haa, apabila sebut ni ramai yang tergamam,tak pe nanti dulu. Dengan tertubuhnya Undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan UNdang-Undang Laut Melaka semuanya mengikut Islam. dan segalanya mencakupi pengurusan harian seperti jual beli, perkahwinan, dan sebagainya. Walaupun begitu, adakah kita lihat kepincangan yang berlaku ketika ppemerintahan beliau. Tidak, dan ini menandakan bahawa kita tidak perlu takut dengan undang-undang agama kita.

    Saya memberi contoh diatas adalah kerana, ianya sangatlah berkait rapat dengan apa yang ingin saya utarakan disini. Sememangnya perbincangan yang melibatkan ketuanan Melayu bagi saya tidaklah lengkap jika tidak diselitkan banyak mengenai topik yang selalu kita abaikan iaitu agama. Sememangnya sejarah Melayu adalah antara sejarah yang memang sukar untuk dirungkaikan memandangkan terlampau banyak pendapat mengenainya, dan ini menyebabkan ramai yang akan mempertikaikan ketuanan Melayu itu sendiri. Kita dah nampak situasi politik sekarang. Ini bukan untuk menaikkan sentimen tetapi memberi penjelasan. Adakah berbaloi untuk menaikkan sentimen ini. Kita yang membawa akidah kebenaran, jadi apakah yang lebih efektif untuk dilaksanakan?

    Ya dalam ceramah tersebut terdapat juga perkara melibatkan keagamaan tetapi terlampau sedikit. dalam hal ini seelok-eloknya, mestilah kita sedar dengan menyebut Melayu bukan semestinya mengesakan tuhan kerana faktor sejarah Melayu yang memeningkan dan agak kabur. Apa kata kalau kita menyebutkan Islam sebagai topik utama dalam perjuangan, semestinya lebih bermakna dan buktinya fakta sejarah di atas.

    Ini yang saya ingin tegaskan, janganlah kerana terlampau ingin memperjuangkan Ketuanan Melayu tetapi Ketuhanan Melayu dilupakan ataupun hanya omongan semata. Sememangnya, dengan sejarah Melayu yang agak kabur tersebut masyarakat Melayu hanya akan dihujani dengan permasalahan duniawi yang tiada penghujungnya. Jadi, marilah kita sama-sama duduk duatas satu paksi yangsejati lagi hakiki iaitu dengan membincangkan topik yang palaing penting dalam kehidupan iaitu ISLAMISASI. Islam diletakkan diatas segalanya dan ketuanan Meayu tersebut di dalam konteks Islam.

    Untuk melakukan perkara ini haruslah diingat, segala jentera perlu digerakkan dengan untuk sedikit demi sedikit kita ubah politik negara kita bercirikan yang HAK bagi menggantikan yang BATIL tersebut. Proses ini bukan mudah dan memang memakan masa. Tetapi siapakah lagi yang dapat melaksanakannya melainkan yang memahami sendiri HAK itu sendiri. Jika asyik diwar-warkan ketuanan Melayu tetapi kehidupannya bukan bercirikan Melayu seperti Zaman kemajuan Islam dahulu, bagaimana.

    Perlu ada initiatif. Dan sememangnya Melayu tidak akan kukuh dan kuat jika tidak bersandarkan lunas-lunas agam Islam itu sendiri. Kita sudah terkenal dengan Islam, tetapi berapa kerat sahaja yang melaksanakannya secara total. Tak payah cakap total, suku pun cukuplah. Berkenaan dengan kewangan, contohnya, apakah sistem Islam digunapakai sepenuhnya? Hanya sedikit dan sedang merangkak dengan drastik InsyaAllah.

    Diharap and semua faham apa yang ingin saya perkatakan dan dapatlah kiranya menjadi pedoman. Walaupun sebenarnya agak sukar untuk say menghuraikan perkara tersebut tetapi ini amat penting supaya kita tidak lupa apa yang lebih utama sekarang ini. Ini mungkin ada melibatkan politik tetapi sebenarnya tidak. Ini lebih kepada apa yang patut kita fikirkan untuk masa depan dunia dan akhirat.

    InsyaAllah

    Allah Almighty Knows Best.

  • Comments Off
  • Saturday
    Oct 25,2008

    Saya menulis disini sebagai respond kepada manzil. Untuk menyatakan hal sepertin ini teras seperti tidak layak bagi saya tetapi saya menyatakan mengikut apa yang saya mampu dan apa yang saya dapat daripada respon pelbagai pihak.

    Seperti yang ditulis oleh manzil, dia mengesyorkan supaya merujuk kepada website Ustaz Zaharuddin  (Uzar)dalam mencari hukum-hukum untuk perkara-perkara seperti perniagaan internet dan sebagainya. Saya merasakan itu memang bagus kerana Uzar merupakan pencetus kontroversi bagi perniagaan-perniagaan internet tersebut. Sememangnya beliau berkelayakan untuk melakukannya melihat daripada latar belakang beliau dalam hal ehwal muamalat dalam Islam. Saya sendiri baru mengenalinya dalam tahun ini sahaja dan baru beberapa hari sahaja melayari websitenya dalam mencari isu-isu sensitif berkenaan perniagaan.

    Sememangnya bagus untuk merujuk kepada yang alim, kerana perlu diingatkan, segala rezeki yang kita peroleh datangnya daripada tuhan dan tidak patutlah kita mengabaikan perihal hakNya, iaitu dalam konteks ini menjalankan perniagaan mengikut acuan syariah.

    Tetapi biasalah, dalam satu-satu hal tersebut terdapat juga pertentangan antara orang-orang biasa yang kurang bersetuju dan tak kurang juga orang yang alim sendiri yang kurang bersetuju. Dan apa yang saya nak ulas adalah merujuk kepada pendapat para ulamak yang bercanggah antara satu sama lain. apabila saya pergi melawat website ustaz zaharuddin saya dapati terdapat jugak para penentangnya dikalangan yang dianggap alim sendiri iaitu seperti ustaz pelaburan internet. Kadang-kadang amat sukar untuk kita mengikut mana yang benar kerana mereka mambawakan dalil-dalil mereka yang tersendiri. Kemudian saling jawab menjawab. Untuk orang biasa seperti kita, akan terkeliru. Biasanya kita akan mengikut mana yang boleh mengikut selera kita. Tetapi INGAT, selera boleh membawa padah kerana itu merupakan nafsu.

    Saya beri contoh supaya anda semua dapat memahami apa yang saya ingin perkatakan.

    Pelaburan Internet: Ulamak kita terlambat lagi!
    Anak Murid Tok Guru
    Sun | Mar 18, 07 | 2:33:31 pm MYT
    Saya agak terkejut apabila membaca tulisan seorang pembaca bertajuk “Selagi Nik Aziz, Hadi tak fatwa pelaburan internet, aku anggap halal!”Bermain-main di fikiran saya, masakan pendokong gerakan Islam boleh berpandangan begitu sempit sehingga hanya bersedia menerima kebenaran selepas memastikan kebenaran itu datangnya daripada orang-orang yang berada dalam kumpulannya semata-mata.Walhal, sebagai umat Islam yang prihatin, kita semestinya akur dan taat dengan kebenaran, meskipun ia datang daripada musuh kita, apatah lagi jika yang bersuara itu merupakan sahabat-sahabat kita juga. Justeru, bukan siapa yang membawa kebenaran itu yang penting, malah kita wajar berterima kasih kepada sesiapa saja yang sudi “menghadiahkan” kebenaran kepada kita.Bukan suatu hal yang asing lagi bahawa ramai di kalangan aktivis gerakan Islam terpesona dengan tawaran “mewah tetapi mudah” yang dibawa oleh pelaburan internet yang tidak diketahui hujung pangkal halal-haramnya. Mungkin ada yang berpendapat, “sudah lama aku susah dan miskin, kini tiba masanya aku meraih nikmat orang berduit dengan cara mudah”……selanjutnya sila ke Pelaburan Internet: Ulamak kita terlambat lagi!

    Daripada sini anda akan melihat yang apa yang dibawa oleh ustaz zaharuddin ini nampak sukar diterima oleh kebanyakan para masyarakat termasuk sebilangan ahli agama sendiri. Ialah, kerana beliau merupakan orang muda jika dibandingkan dengan Datok Haron Din, Datuk Hadi Awang dan sebagainya. Jadi, kata-kata beliau agak sukar diterima oleh sebilangan besar masyarakat pada ketika zaman kegemilangan saham internet tahun lepas. Seperti di atas “Selagi Nik Aziz, Hadi awang tak fatwa pelaburan internet, aku anggap halal”. Adakah perlu kita fikir begitu agaknya, atau kita boleh menggunakan akal fikiran sendiri melalui dalil-dalil yang telah dijumpai oleh yang alim.

    Dalam hal ini, kita perlu lihat konteks perniagaan tersebut, statusnya bagaimana dan dimana operasinya dan sebagainya. Ya, kita masih ingat memang agak lambat ulamak memberikan pandangan dan jika tidak dimulakan oleh Ustaz Zaharuddin mungkin lebih lambat.

    Dan dalam konteks seperti ini, saya rasa, pemimpin seperti Haron Din dan Hadi Awang tahu perkara ini adalah syubhat dan menjurus kepada haram, tetapi mereka merupakan pendokong sebuah parti politik Islam yang masyur di Malaysia. Mereka tidak boleh terus sewenang-wenangnya mahu memberi fatwa dalam hal sensitif seperti ini kerana ramai juga ahli-ahli parti politik tersebut menyertai skim seperti Arabic, Ampay, dan mungkin juga yang sekarang ini Buluh Mas, Noradz dan sebagainya. JIka mereka memberi fatwa tersebut ditakuti ahli-ahli mereka yang mengikut nafsu akan lari. SAYA TIDAK INGIN MENYATAKAN BULUHMAS DAN SEBAGAINYA HARAM, BELUM DISAHKAN. Cuma sebaik-baiknya, kaji dahulu status mereka sebelum memikirkan untung melalui pengalaman yang lepas.

    KIta tidak boleh menunggu fatwa atau BNM semata-mata. Pada yang pernah terkena dengan swish cash dahulu sepatutnya mengambil iktibar untuk yang kemudian. Fatwa tersebut terlampau lambat sehingga ramai yang telah masuk. dan sekarang berlaku kembali, dan jikalah ditakdirkan BNM megharamkan syarikat-syarikat terbabit, nescaya banyak aset ahi-ahli terbeku begitu sahaja, satu kerugian yang besar. Sebab itulah perlu berfikir. Bukan hendak menyokong Uzar yang lebih muda daripada Haron Din, Tuan guru dan Hadi Awang tetapi, apa yang disarankan beliau ada benarnya seperti apa yang berlaku pada waktu dulu.

    Untuk selamat, kita perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dengan perkara yang berunsurkan skim piramid seperti ini. Belajarlah daripada luar seperti di Albania yang pernah jatuh merudum pada tahun 1990 kerana skim piramid tetapi sedikit demi sedikit apabila skim tersebut musnah, ekonomi mereka naik semula.

    Results of Albania’s efforts were initially encouraging. Led by the agricultural sector, real GDP grew, and Albania’s currency, the lek, stabilized. The speed and vigor of private entrepreneurial response to Albania’s opening and liberalizing was better than expected. Beginning in 1995, however, progress stalled. The collapse of the infamous pyramid schemes of the 1990s and the instability that followed were a tremendous setback, from which Albania’s economy continues to recover. …. Sumber  Albania Europe.

    Perlu diingatkan skim berunsurkan piramid sebenarnya akan menyebabkan orang menjadi pemalas, dan suka berangan-angan (angan angan dibenarkan jika mengikut cara yang benar) terlampau lebih sehingga sebenarnya angan-angan itu adalah mimpi yang indah semata-mata. Mereka memikirkan akan duduk senang dikemudian hari kerana sudah mempunyai banyak downline yang dapat meneruskan usaha mereka tersebut.

    Jika ada yang bertanya “apa ke halnye mamat mane plak tak kenal ni buat blog merapu bukan-bukan macam ni. Dia tau ape?” adalah perlu diingatkan saya juga pernah melalui saat-saat sukar menjadi downline lebih kurang 4 tahun lepas. Dan sememangnya sangat memeritkan terpaksa pergi function sana-sini sampai tanggungjawab agama tidak terlaksana semata-mata kerana dunia!! Jadi saya mengambil iktibar dengan yang lepas.

    Fikirlah wahai manusia yang diberi akal…fikirlah…demi masa depan agama,bangsa dan negara..Lagi Sekali,jangan lah sampai nak tunggu Nik Aziz Haron Din ,Hadi Awang bagi fatwa. Hadis dah jelas dalam Pelaburan dan Perniagaan, dan boleh pergi ker www.islamonline.net kalau rase Uzar tak best. Cari la ustaz (yang benar) mana korang rasa suka. Jawapan pasti sama bagi perkara yang haram dan syubhat.

    Allah Almighty Knows Best

     

     

  • Comments Off
  • Friday
    Oct 24,2008

    Terlalu ramai yang cuba merungkai dan mencari persoalan mengenai entiti-entiti di atas mengenai status perniagaan mereka dan sebagainya. Memang sukar untuk merungkai persoalan ini kerana banyak tanggapan orang ramai. Ada yang menentang dan tak kuran juga yang menyokong. Saya tidak ingin mengulas panjang lebar kerana perkara ini belum selesai dan masih dalam penyiasatan.

    Saya ingin menasihatkan kepada anda semua lebih baik anda pergi sendiri melihat pandangan orang yang arif mengenai perkara ini, iaitu Ustaz Zaharuddin pakar dalam fiqh Islam dan perbankan Islam, sekarang sedang menuntut di Wales, United Kingdom untuk manghabiskan PhD dalam bidang di atas.

    Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?

    Disini tidaklah semua masalah anda akan terungkai kerana Ustaz Zaharuddin tidak dapat merungkai segala-galanya, maklumlah sedang berada diperantauan. Tetapi jika anda membaca artikelnya yang lain berkenaan Skim cepat kaya atau pun MLM dan sebagainya, pasti anda dapat sedikit kesamaan dengan situasi diatas.

    Melalu Pelaburan & Perniagaan anda akan didedahkan mengenai skim-skim yang terdahulu seperti ampay, swisscash, arabic dan sebagainya yang mempunyai persamaan tak banyak sedikit dengan apa yang terjadi sekarang. Jadi eloklah anda pergi sendiri ke link tersebut dan mendalami sedikit tentang perbankan dan perniagaan Islam (Pelaburan & Perniagaan).

    Saya bukan apa, risau, dan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk sama-sama menyedarkan diri kita kerana bermacam-macam perkara yang kita jahil berkenaan hukum di zaman akhir ini. Oleh itu, eloklah saya berpesan-pesan dengan anda, dan semoga kita disedarkan oleh Allah atas apa yang kita lakukan selama ini.

    Ingatlah, krisis subprima USA menunjukkan betapa pincangnya sistem kapitalis yang bermaharajalela dan diagung-agungkan selama ini. Haruslah kita ingat, kita terjebak sama dalam sistem tersebut, dan apabila sistem tersebut pincang, apa yang akan terjadi kepada kita, turut pincanglah. TetapiinsyaAllah jika kita gantikannya dengan sistem Islamic nescaya kemajuan akan tercapai dan impak kejatuhan sistem kapitapis tersebut tidak akan menimpa kita.

    InsyaAllah.

    Friday
    Oct 24,2008

    KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

    Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

    Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis…..

    Majlis Fatwa putuskan Pengkid Haram

    Gejala yang sememangnya cukup membimbangkan dewasa ini. Ye, bagi manusia yang tidak mengenali hukum akan merasakan perkara ini hanyalah isu biasa sahaja. Terpulang, pendapat masing-masing. Tapi sebaiknya para “pengkid” cepat-cepatlah sedar sebelum terlambat.

  • Comments Off
  • Why Hijab/Veil?

    Tuesday
    Oct 21,2008

    Many people thinking why should muslim women wearing the hijab/veil? This is really oppressing and the religion really oppress the women society, Islam uncivilized and what soever.

    They talking like that because actually not aware or ust don’t care the positive effect of wearing the hijab. For those and especially the apostle woman like Maryam Namazi, she really out of her mind. Just judging the religion without initiating the positive side of the religion itself. Bare in mind, to judge religion, don’t judge the people of that particular religion, but judge the religion itself.

    It’s just mean like this I’m a Muslim, yesterday I punch my friend because he not give me back my money that he owe to me. So people might judge is this the way of Islam puncing people randomly. No actually I should negotiate first with him according to Islamic manner to solve this. The way I’m doing actually wrong. But some people judge Islam with the way I’m doing thats totally wrong. So judge the religion, don’t judge the people who brought up with the religion.

    OK back to the discussion    

    This is the question that you always ask. I’m not women, so better the women who wearing the hijab themselves answer this question. And you will understand too many benefit of it. An d also benefit for men like me. I can concentrate doing work without any of “that” feeling.

  • Comments Off
  • Tuesday
    Oct 21,2008

    Saya bukanlah nak menghurai banyak mengenai isu seperti ini. Tapi memandangkan kita mesti sedar dengan apa yang terjadi dengan situasi negara pada masa ini ingin saya beri sedikit pandangan saya mengenainya.

    Saya rasa sememangnya agak pelik apabila perkara ni terjadi, seperti ada udang di sebalik batu pada peringkat dalaman UMNO. Mengapa inigin bertukar-tukar jawatan seperti ini. Adakah Pak Lah sudah tidak pandai untuk mengendalikan ekonomi negara. Lalu diserahkannya kepada Najib.

    Kemungkinan ini memang ada, kerana Pak Lah sememangnya masih inginkan jawatan PM. Jadi ditakuti apa yang dilakukan disini semata-mata untuk meguji kekuatan Najib memandangkan pengurusan ekonomi lebih tertekan pada masa kini disebabkan krisis subprima di USA.

    Apa yang saya takut, jika krisis kewangan semakin meruncing walaupun dikatakan Malaysia tetap kukuh dari sudut ekonomi. Tetapi kita perlu ingat, Amerika adalah rakan dagang yang paling besar, krisis mereka krisis dunia dan kita semestinya akan terkena tempiasnya sedikit sebanyak.

    Saya risau ini satu perebutan kuasa antara koni-kroni mereka masing-masing (tertutama KJ). Disaat politik meruncing, krisis dalaman akan lagi membarahkan suasana kerajaan.

    Apa-apapun, sebaiknya kita berdoalah agar Najib dapat melaksanakan tugas barunya dengan lebih cekal kerana kita tahu Najib semestinya lebih hebat dan fokus jika dibandingkan dengan Pak Lah.

    walaupun anda penyokong pembangkang ataupun kerajaan sendiri, disaat kegawatan yang berlaku seperti ini, haruslah kita ingat, kesatuan itu penting. Jangan beri anasir-anasir luar menggangu ketenteraman dan keharmonian negara kita ini. Perpecahan hanya mendatangkan padah sama ada jangka pendek atau panjang. Jangka masa panjang lagi amat dahsyat jika berlaku.

    Jadilah pengkritik yang berhemah, dan jangan sehingga menjadi pengkritik yang memecah-belah kaum sendiri. Ingatlah agama, ingatlah bangsa.

  • Comments Off
  • Categories

    FeedBack



    MusicPlaylist

    Time is Gold

     

    November 2008
    M T W T F S S
    « Oct    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930


    Dealers


    Forum


    Musics


    MySite


    Sources


    Sources2


    Ukhuwah(Friends)


    World Oil Price